UMNO Bukan Seperti DAP Yang Suka Permainkan PAS

umno-tidak-pernah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berani untuk menjalinkan kerjasama bersama UMNO dalam mengukuhkan bantahan kepada kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya dalam Himpunan Sollidariti Ummah Untuk Rohingya (HSUUR) kerana PAS kenal benar dengan UMNO.

UMNO tidak pernah mempermainkan dan ‘game’ PAS… Bukan tu je, PAS juga sudah masak benar dengan UMNO. Segala tipu helah dan muslihat semuanya sudah ada di hujung jari PAS. Jadi jangan hairan kalau PAS mahu bekerjasama dengan UMNO… Kerjasama itu menandakan bahawa selama ini UMNO menjalankan tugas-tugas yang mulia dan ikhlas.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Shamsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa PAS tidak akan termasuk dalam ‘perangkap’ UMNO. Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih arif akan helah UMNO.

Jadi jika benar UMNO mahu menipu PAS… Kenapa hingga sekarang PAS masih percayakan UMNO berbanding DAP?? PAS dan UMNO telah berkongsi pentas sejak berpuluh tahun lalu. Jadi tiada istilah PAS kena game!

Mungkin sahabat-sahabat PAS bimbang melihat kedua-dua parti itu berkongsi pentas pada himpunan membantah penindasan Rohingya Ahad lalu, dan bekerjasama dalam usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Korang tak perlu bimbang, sebab UMNO bukan seperti DAP yang hanya memperalatkan PAS ketika parti itu masih berada dalam Pakatan Rakyat sebelum pakatan itu dibubarkan. Bukan sehari dua Hadi Awang bersama UMNO!

UMNO dan PAS hanya bekerjasama dalam hal-hal kemanusiaan dan keagamaan… Jadi tidak timbul isu kena game atau sebagainya. Tak kan la nak memperjuangkan hak kemanusiaan pun nak mempermainkan parti lain?? Agak-agak la. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s