Rakyat P.Pinang Buat Demonstrasi Depan Mahkamah Desak Guan Eng Letak Jawatan

2c-copy

Kira-kira 50 orang hari ini berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berdepan dengan dua pertuduhan rasuah.

Kumpulan berkenaan berkata mereka mahu exco kerajaan negeri yang juga adalah Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk menggantikan Lim.

Mereka turut membawa sepanduk yang tertera kata-kata “Letak Jawatan Guan Eng”, “Selesaikan masalah banjir, jangan salahkan orang lain” dan “Guan Eng tidak boleh bantu kita, biar Chow ambil alih”.

Kumpulan berkenaan turut dikatakan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri mengendalikan banjir kilat akibat hujan lebat di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kami mahu tahu apa yang kerajaan Pulau Pinang lakukan mengenai banjir.

“Pemimpin kerajaan negeri hanya berikan angka tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya dibelanjakan dan di mana lokasi di kerja-kerja tebatan banjir dijalankan,” kata wakil kumpulan berkenaan.

Himpunan itu diadakan kerana kumpulan itu menjangkakan Lim akan hadir di Mahkamah Tinggi untuk sebutan kedua kes rasuah beliau.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini telah menetapkan 34 hari sepanjang tahun 2017 untuk perbicaraan dakwaan rasuah ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Hakim Hadariah Syed Ismail berkata, pihak pendakwaan mempunyai 60 saksi yang akan dipanggil.

Tarikh yang ditetapkan adalah 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun, 17 hingga 21 Julai.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan supaya menyelesaikan isu-isu, fakta dan dokumen yang perlu dibicarakan sebelum 6 Januari tahun depan.

“Saya harap perkara ini boleh diselesaikan menjelang 6 Januari. Saya telah dengar masalah mengenai dokumen sejak dua bulan lalu, jadi saya harap ini dapat diselesaikan pada masa itu,” katanya.

Pendakwa raya utama, Masri Mohd Daud bersetuju dengan hakim dan berkata beliau akan menyelesaikan perkara mengenai dokumen dengan peguam pembelaan yang diketuai oleh Gobibd Singh Deo.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s