Pemimpin Cina DAP Dari P.Pinang Lebih Layak Jadi Perdana Menteri Malaysia

1c-copy

Siapa yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP ditakdirkan oleh Tuhan untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) nanti? Ramai dikalangan pemerhati politik serta penyokong Pakatan Harapan masih kabur tentang persoalan ini.

Adakah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Mohamad Sabu yang bakal mengisi jawatan nombor satu didalam negara tersebut? Jika disenaraikan dalam waktu yang singkat, hanya inilah nama-nama besar yang dianggap mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Harapan.

Walaupun Guan Eng membuat kenyataan menyokong jawatan Perdana Menteri Malaysia diduduki dari kalangan orang melayu, terbukti majoriti wakil DAP serta para penyokongnya mahukan orang cina menjadi pemimpin nombor satu negara jika Pakatan menang di PRU 14.

Guan Eng jelas menyatakan beliau bersetuju jika bekas pemimpin UMNO yang merupakan anak didik kepada Mahathir, iaitu Anwar Ibrahim diangkat menjadi pemimpin utama negara. Tetapi apakah kenyataan Guan Eng itu disokong penuh oleh barisan kepimpinan DAP dan juga seluruh ahlinya?

Hasil penelitian mengenai sikap dan juga kiasan sewaktu Persidangan Tahunan DAP 2016, ia menunjukkan bahawa kecenderungan pemimpin DAP serta penyokongnya memilih orang cina sebagai Perdana Menteri adalah lebih kuat dan konsisten.

Teori mudahnya ialah, jika negeri Pulau Pinang didakwa mampu ditadbir dengan baik berbanding negeri-negeri lain didalam Malaysia khususnya Selangor dan Kelantan, apakah tiada pemimpin DAP yang berketurunan Cina lebih layak mengisi jawatan Perdana Menteri berbanding melayu?

Ambil Guan Eng sebagai contoh, beliau dikatakan menjadi Ketua Menteri paling cekap dan paling hebat didalam menjana ekonomi di Pulau Pinang, hinggakan menaikkan imej negeri sebagai sebuah negeri yang paling maju dan mempunyai lebihan wang yang banyak didalam negara.

Adakah Anwar Ibrahim ataupun Mohamad Sabu mampu menandingi kehebatan Lim Guan Eng mentadbir negeri dan juga menguruskan hal ehwal ekonomi? Inilah yang diperkatakan oleh kebanyakan wakil DAP sewaktu cadangan menyokong lantikan melayu sebagai Perdana Menteri dibuat oleh Guan Eng.

Lagipun, di dalam Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan bahawa hanya melayu yang layak menjawat jawatan tersebut. Itu bermakna sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum majoriti didalam negara.

Jadi kenapa perlu sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Lim Guan Eng merupakan calon yang lebih jauh berkelayakan, dan juga bersih dari sebarang tuduhan liwat dan salahlaku seksual sesama jantina? Bukankah itu bodoh namanya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s