MCA Anggap Guan Eng Muka Tak Malu Bersekongkol Dengan Mahathir

7c-copy

Nampaknya kerjasama antara DAP dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir mendapat kecaman pelbagai pihak, baik dari Pakatan mahupun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Ini menunjukkan bahawa kerjasama yang dibanggakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu tidak langsung direstui.

Bayangkan, kritikan terhadap kerjasama tersebut juga diterima dari parti MCA yang selama ini sangat kurang dan boleh dikatakan, pemimpin-pemimpinnya tidak berani mengutuk DAP atau Lim Guan Eng didalam kebanyakan isu politik.

MCA sepatutnya berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana telah mengembalikan keberanian mereka yang selama ini hilang. Jika tidak kerana Tun Mahathir yang sanggup berpeluk dengan DAP, mustahil untuk pemimpin MCA bangun mengkritik DAP.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dengan beraninya mengecam Lim Guan Eng dan pemimpin DAP yang lainnya kerana didakwa tidak berpegang teguh kepada prinsip politik yang disuarakan selama ini.

DAP dan Lim Guan Eng juga dikritik apabila tindakannya langsung tidak selari dengan apa yang diperkatakan selama ini kepada ahli dan juga penyokongnya. Guan Eng juga dilabelkan sebagai hipokrit apabila sanggup menipu masyarakat cina apabila bersekongkol dengan Mahathir.

Liow turut menempelak Guan Eng sebagai hampir nyanyuk apabila lupa bahawa Mahathir lah yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk meletakkan pemimpin DAP di dalam penjara termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

Tetapi sekarang tanpa rasa malu dan juga segan, Guan Eng menjatuhkan airmuka seluruh ahli dan penyokong DAP apabila beliau memeluk dan menciumnya. Sudah pasti masyarakat cina juga berasa sangat malu dengan perbuatan anak Lim Kit Siang tersebut yang sangat retorik.

Selain itu, Liow juga mengingatkan Guan Eng dan DAP bahawa sebelum ini merekalah yang menuduh Mahathir sebagai diktator dan juga pemimpin yang Ultra Melayu, tetapi sekarang mereka memujanya dan menganggap beliau sebagai penyelamat Malaysia.

Apa lagi yang hendak dibanggakan oleh orang-orang cina apabila pemimpin DAP sendiri tak boleh ‘pakai’.. Sebelum ini mereka menuduh MCA tak boleh dipercayai kerana mengikut telunjuk Mahathir semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri tersebut, tetapi kini Guan Eng serta DAP pun dua kali lima sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s