Kerjasama UMNO-PAS Dalam Isu Rohingya Bukti Kematangan Politik

kerjasama-umno-pas

Perkongsian pentas antara parti UMNO dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam memperjuangkan isu kemanusiaan etnik Rohingya di Myanmar, telah berjaya membuktikan bahawa kedua-dua parti itu kini mengamalkan prinsip kematangan politik yang luas.

Tanpa menghiraukan status sebagai musuh… UMNO dan PAS bekerjasama dan sanggup mengetepikan segala perbezaan pandangan dan kelainan ideologi fahaman antara parti, demi menegakkan isu-isu yang membabitkan golongan umat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbangga dengan kejayaan yang ditunjukkan PAS dan UMNO… Malah memuji sikap kedua-dua belah pihak yang sanggup mengetepikan istilah musuh demi mencari kebaikan dalam isu kemanusiaan.

Sikap seperti itulah yang bakal menjadi cermin dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia… Jika kita bermusuh tidak bermakna kita tidak boleh berbaik demi kesejahteraan dan keharmonian sesama manusia. Setiap parti harus mengamalkan politik matang… Jangan kerana bermusuh, kehidupan umat Islam diabaikan.

Jangan jadi seperti Pengasas dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bukannya hidup etnik Rohingya yang diperjuangkan… Sebaliknya dorang dok sibuk perjuangkan kehidupan kaum Cina DAP!

Pemimpin yang macam tu ke yang akan memerintah negara dengan baik?? Hidup rakyat sesama Islam diabaikan… Yang disibukkan adalah usaha untuk jalin kerjasama dengan parti chauvinis DAP! Memuja-muja dan mengagungkan DAP! Orang Islam diabaikan!

Himpunan aman solidariti yang diadakan di Stadium Titiwangsa dihadiri oleh pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut mendapat sokongan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut sama hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kesemua pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS. Turut sama memberi sokongan adalah 20,000 hadirin termasuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia.

Himpunan tersebut diadakan bagi mendesak Myanmar supaya menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di negara tersebut, terutama di perkampungan Rohingya di Rakhine. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s