DAP Kini ‘Bersih’ Setelah Disamak Tun Mahathir!!

dap-kini

Berkat ‘kesucian’ dan ‘keberkatan’ Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr mahathir Mohamad… DAP kini dikatakan telah ‘bersih’ akibat disamak oleh Bekas Perdana Menteri tersebut.

Disebabkan oleh dendam kesumat dan nawaitu politik kotor yang membara… Telah menyebabkan Mahathir hilang pertimbangan dan mudah lupa. Sanggup betul orang yang berstatus negarawan itu bertindak duduk semeja dengan DAP, sambil menyatakan DAP kini sudah bersih!

Lupakah Mahatir dengan kata-katanya dahulu?? Melibas DAP habis-habisan sambil menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang rasis serta anti-Islam! Tapi sekarang ni… Oh My God!! Mahathir dilihat begitu mesra dan secocok bersama DAP.

Siap hadir pada Konvensyen Kebangsaan DAP di Shah Alam lagi tau! Dengar kata Mahathir tak dijemput pun… Sebab PPBM kan belum lagi menjadi parti pakatan rasmi dalam Pakatan Harapan. Malah PPBM juga sedang menghitung nasib, sama ada mereka bakal diterima atau tidak sebagai geng komunis DAP.

Cuba korang bayangkan selama 22 tahun Mahathir dok ulang ayat yang sama! DAP rasis! Tapi sekarang ni mengejutkan pula, apabila tindakan Mahathir menunjukkan seolah-olah DAP tu dah bersih dan suci!

Kononnya DAP ni sebuah parti yang muhibbah dan langsung tidak amalkan perkauman… Katanya ada warna kulit yang gelap dan bukan semua kuning. Maknanya DAP ni bukan Cina sahaja tapi ada tiga kaum. Huh! Kalau ada tiga kaum tapi lagi dua tu hanya wayang saja buat apa.

Apa agaknya agenda Mahathir sehingga dia sanggup menyamak parti DAP tu?? Terdesak sampai macam tu sekali! Sangat memalukan!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s