DAP Harus Letak Melayu Jadi Ketua Menteri Di P.Pinang Sebagai Bukti

8c-copy

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya mahu menarik sokongan melayu kepada parti DAP dengan mengumumkan mereka setuju orang melayu menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan menang di PRU 14.

Tetapi siapa yang percaya cakap Guan Eng yang terkenal dengan gelaran ‘Lidah Biawak’ di P.Pinang itu? Bukan sekali Guan Eng berbohong kepada rakyat, malah rakyat juga sudah muak dengan janji palsu Guan Eng serta DAP.

Benarkah Guan Eng sokong orang melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia? Bolehkah Guan Eng nyatakan sama ada dia menyokong atau tidak, 6 orang Perdana Menteri melayu termasuklah DS Najib Tun Razak yang memerintah Malaysia dari dahulu sehingga kini?

Rasanya tiada seorang pun yang Guan Eng atau DAP sokong sejak dari Malaysia mendapat kemerdekaan dari British. Kalau 5 Perdana Menteri melayu yang selama ini banyak membawa kemajuan kepada negara pun Guan Eng tak sokong, bagaimana pula dia boleh menyokong orang melayu lain?

Sebenarnya, Guan Eng hanya sokong orang melayu yang dia fikirkan boleh membawa keuntungan kepada DAP dan juga kroni-kroninya sahaja. Kalau betul Guan Eng sokong orang melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia, sudah tentu dia tak ada masalah dengan kepimpinan negara yang ada sekarang.

Dan kenapa Guan Eng serta DAP menyokong Anwar Ibrahim yang terbukti bersalah kerana salahguna kuasa dan juga salahlaku moral? Anwar yang kini merupakan seorang banduan sivil, boleh pula dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Adakah Guan Eng mahu hancurkan Malaysia?

Seandainya lah benar Lim Guan Eng dan DAP tiada masalah dengan kepimpinan orang melayu, sila buktikan terlebih dahulu di negeri P.Pinang. Tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DAP memang mampu terima Ketua Menteri dari kalangan orang melayu di negeri itu.

Kebetulan pula sekarang ini Guan Eng sedang berhadapan dengan kemelut dakwaan rasuah yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi P.Pinang, rasanya ini merupakan masa yang terbaik bagi Guan Eng dan DAP menamakan penggantinya dari kalangan orang melayu dalam Pakatan untuk menjadi Ketua Menteri.

Bukankah Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang adalah orang melayu dari PKR, iaitu Rashid Hasnon? Lantiklah beliau sebagai Ketua Menteri bagi membuktikan DAP benar-benar mampu bercakap serupa bikin.

Kalau itupun Guan Eng dan DAP tak mampu, rakyat seharusnya melihat semua kenyataan Guan Eng dan DAP yang menyokong orang melayu sebagai Perdana Menteri, hanyalah janji hancing politik sahaja!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s