Betul Ke Lagu Anuar Zain Mampu Sembuhkan Pesakit Mental?

1a-copy

Nama penyanyi Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, memang sangat dikenali sebagai penyanyi yang disegani ramai.. Anuar Zain dikenali kerana mempunyai vokal yang mantap.. Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Andainya Takdir’ ni boleh dikatakan satu nama yang besar dalam industri muzik tempatan..

Walaupun perkembangan Anuar sebagai penyanyi sentiasa berkembang dan mendapat perhatian ramai.. Tetapi Miss rasa mesti ramai yang masih tertanya-tanya, bila lah penyanyi ni nak kahwin kan.. Yela, dah lama sangat Anuar hidup membujang..

Tak silap Miss usia Anuar pun dah masuk 46 tahun.. Tak teringin nak kahwin ke Anuar oii?? Hihihi.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal kehidupan peribadi Anuar.. Biar lah Anuar nak kahwin atau tidak u’olls.. Mungkin beliau belum temui jodoh yang sesuai agaknya..

Ini cerita pasal lagu Anuar yang dikatakan boleh sembuhkan pesakit mental.. Ehh.. Betul ke ni?? Tak kan lah dengar lagu Anuar jer, terus boleh sembuh?? Kalau macam ni, doktor-doktor boleh lah rawat pesakit yang menghidapi penyakit mental dengan menggunakan lagu-lagu Anuar yer.. Jimat kos perubatan… Hehehhe..

Miss dengar Anuar memberitahu kakaknya, Ziana Zain pernah menceritakan seorang suami yang merupakan pesakit mental telah sembuh dari sakit mental selepas mendengar lagu-lagu Anuar yang dikatakan telah memberi inspirasi buat individu tersebut..

Itulah yang membuat Anuar terharu sangat.. Tapi betul ke apa yang diceritakan Anuar ni?? Ataupun hanya untuk menarik perhatian orang ramai ke konsert Anuar di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung tak lama lagi pada tahun hadapan?? Mana lah tahu kan, ini merupakan satu strategi pemasaran jer u’olls.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s