Anina Hasut Pemikiran Kanak-Kanak, Dengan Gelarkan Najib Razak Sebagai Pencuri

anina-saadudin

Kalau iye pun bencikan kerajaan UMNO dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak… Perlu ke Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menghasut pemikiran kanak-kanak kecil??

Pemikiran kanak-kanak yang masih belum matang dan baligh telah didedahkan dengan perkara yang kotor dan sarat dengan penipuan.. Melalui satu status Anina di Facebook… Dia mendedahkan telah bertemu dengan adik Nur Qistina Nabilah binti Hizwardi yang baru sahaja berusia 9 tahun.

Menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang… Adik Qistina itu merupakan anak kepada seorang Srikandi yang bakal memimpin Srikandi Pulau Pinang. Katanya adik Qistina tu bertanyakan kepada Anina “Apa beza parti Najib dan parti Tun M?”.

Nak tahu apa jawapan Anina?? Biasa la manusia ni bukannya nak cakap benda baik-baik… Sebaliknya pembohongan dan penipuan yang disemaikan dalam pemikiran kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun itu.

Anina bukan sahaja menggelarkan Najib sebagai pencuri… Malah menuduh Najib telah mencuri wang berjumlah berbilion ringgit. Ketua Srikandi tersebut menambah suatu hari nanti, Qistina yang akan membayar segala ‘hutang’ yang dibuat oleh Najib.

Kejam kan! Tergamak betul Anina mencemarkan pemikiran kanak-kanak kecil seusia itu dengan pelbagai maklumat mengenai politik kotor mereka. Kononnya nak dakwa yang pemerintahan Najib ni kotor… Sebab tu la ibu Qistina sertai politik dan bakal berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kononnya perjuangan mereka itu bakal menyelamatkan negara dan Qistina tidak perlu untuk menanggung ‘bebanan hutang’ yang ‘dicuri’ oleh Najib. Hah! Elok sangat la tu… Bukan setakat orang-orang kampung je yang dorang ni hasut, tapi sekali dengan budak-budak pun dorang nak semai pemikiran kotor.

Mungkin Anina ni cuba untuk besarkan Qistina dengan cara yang kotor… Sarat dengan dengki dan dendam! Penipuan dan penghasutan. Lambat laun bila dah besar, pastinya Qistina akan mencontohi perangai buruk mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s