Wakil DAP Anggap Mahathir Lebih ‘Syaitan’ Dari Najib Razak

Walaupun kepimpinan DAP mengalu-alukan kehadiran Mahathir sewaktu Persidangan Tahunan DAP 2016, kehadiran bekas Presiden UMNO itu jelas membawa perpecahan dikalangan ahli-ahli DAP yang tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin-pemimpin DAP tersebut.

Ada yang mengusulkan untuk berbahas mengenai kerjasama diantara Mahathir dan DAP, dan mengejutkan apabila ada wakil DAP yang sanggup bertindak keluar parti hanya kerana membantah kehadiran Penasibat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu didalam persidangan DAP tersebut.

Wakil DAP dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind yang sebelum ini menggelar Mahathir sebagai bapa ayam didalam konvensyen DAP di P.Pinang, bertindak drastik dengan keluar dari parti DAP serta meletakkan semua jawatannya didalam politik parti.

Beliau menyatakan tiada gunanya bersama parti yang mengiktiraf seorang musuh yang selama ini memburukkan dan juga menggunakan kezaliman terhadap parti DAP selama 22 tahun dikancah politik negara.

Shamsher juga menyifatkan Mahathir sebagai ‘Syaitan Besar’ yang patut digeruni oleh DAP, berbanding Najib Tun Razak serta Muhyiddin Yassin. Wakil DAP Taman Chai Leng itu juga menganggap kerjasama DAP dan Mahathir hanya akan merugikan parti.

Selain mengutuk kerjasama DAP dan Mahathir, Shamsher juga mengkritik kebijaksanaan Penasihat parti DAP, iaitu Lim Kit Siang yang didakwanya sudah hilang kredibiliti bagi membuat keputusan yang baik untuk imej serta masa depan DAP.

Wakil DAP berkenaan turut mempersoalkan sama ada apakah Lim Kit Siang berbohong kepada semua ahli DAP mengenai kejahatan Mahathir dan Muhyiddin selama ini. Ini berikutan begitu mudah Kit Siang menerima kerjasama dari kedua-dua bekas pemimpin UMNO berkenaan.

Apa yang berlaku didalam DAP ini menunjukkan perpecahan yang sangat ketara hanya disebabkan oleh Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO yang lainnya. Kerjasama yang dianggap berpotensi besar oleh pemimpin atasan DAP, rupanya tak disenangi oleh kebanyakan penyokong dan juga ahli parti.

Daripada satu segi, perpecahan didalam DAP yang dibawa oleh Mahathir serta Bersatu memang menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi ia juga merugikan orang melayu sendiri, apabila Mahathir yang selama ini dianggap negarawan, sanggup mengkhianati perjuangan membela melayu dengan bersekongkol bersama DAP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s