Minyak Masak Botol 1 Liter Bersubsidi Oleh Felda Akan Masuk Pasaran P.Pinang

Tindakan para peniaga yang kurang menyediakan minyak masak paket 1 liter di premis mereka kerana didakwa kerap bocor dan juga sukar diperolehi, diharapkan akan selesai apabila kerajaan pusat melalui agensi mereka memperkenalkan kaedah baru bagi pengedaran minyak bersubsidi berkenaan.

Keluhan orang ramai yang mengadu sukar bagi mendapatkan minyak pek 1 liter di beberapa Pasaraya di negeri P.Pinang juga akan terungkai, dengan pengenalan minyak 1 liter didalam botol oleh Felda Global Venture Berhad (FGV) semalam.

Minyak yang berjenama TIARA itu dijangka memasuki seluruh pasaran negeri ini selewat-lewatnya minggu ini dan akan dijual dengan harga RM2.92 sebotol, penambahan sebanyak 45 sen lebih dari harga minyak yang dijual didalam paket plastik.

Minyak masak sawit bersubsidi yang dibotolkan itu diusahakan oleh anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB), dibawah program subsidi minyak masak sawit yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pengenalan minyak masak itu sebagai usaha kementerian memberi pilihan kepada pengguna membeli minyak masak bersubsidi dalam botol atau dalam pek (paket).

Beliau turut menjelaskan bahawa minyak masak dalam botol tersebut dijual dengan harga sedikit mahal daripada dalam pek kerana kos menyediakan minyak dalam pek kurang daripada 10 sen, manakala dalam botol pula kosnya melebihi 40 sen.

Kepada para pengguna yang masih ragu-ragu, pihak terbabit mengatakan bahawa kualiti minyak didalam botol 1 liter dijamin sama dengan minyak yang dijual didalam kuantiti 5 liter yang jauh lebih mahal kerana tidak disubsidikan oleh kerajaan.

Pengenalan minyak sawit bersubsidi 1 liter didalam botol itu juga diharapkan dapat memenuhi keperluan rakyat yang selama ini menganggap minyak dalam pek plastik sebagai ‘minyak yang kurang berkualiti’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s