Lim Guan Eng Mahu Jadikan Mahathir Sebagai Keldai Tunggangan Ke Putrajaya

Semakin malang nasib bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden UMNO yang seorang ini. Disaat usia makin lanjut dan juga kubur makin mendekat, Mahathir semakin dibuai oleh nafsu politik sehingga sanggup menjilat kembali ludahnya 22 tahun dahulu..

Kehadiran Mahathir di Persidangan Tahunan DAP 2016 baru-baru ini, menunjukkan betapa kegilaan beliau didalam mengejar nafsu politiknya semakin tidak keruan. Mahathir sanggup menebalkan muka berdepan dengan ahli-ahli parti yang pernah dikutuk dan dimakinya satu ketika dulu. Malah yang lebih menjelikkan,

Mahathir bertindak memuji-muji parti tersebut walaupun sebelum ini beliaulah yang menyemai tanggapan yang DAP adalah parti rasis serta berfahaman komunis didalam negara..

Walaubagaimanapun, kehadiran Mahathir yang umpama ‘lembu menyerahkan leher untuk disembelih’ itu, disambut gembira oleh pemimpin-pemimpin tertinggi DAP khususnya Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng..

Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataannya didalam persidangan berkenaan, mahu semua ahli DAP memanfaatkan kerjasama Mahathir dengan DAP yang dikatakan mampu menumbangkan gergasi politik didalam negara iaitu Barisan Nasional.

Guan Eng juga menganggap kerjasama Mahathir dengan DAP mempunyai potensi besar bagi parti berkenaan didalam perjalanan Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya didalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti..

Kenyataan Guan Eng itu jelas menunjukkan Mahathir hanya bakal dipergunakan sebagai Keldai tunggangan DAP sahaja untuk mereka mencapai kuasa politik didalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional..

DAP kini yang mendominasi kerusi didalam Pakatan Harapan, pastinya mahu menjadikan Mahathir sebagai boneka untuk mempengaruhi sokongan pengundi melayu kepada DAP. Ini kerana sentimen Mahathir sebagai negarawan ulung pastinya dianggap mampu menarik sokongan pengundi muda..

Mahathir juga akan dipergunakan untuk menangani isu-isu yang berbangkit sebelum ini yang membabitkan PAS serta PKR yang tidak mampu diselesaikan oleh Mat Sabu dan juga pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN)..

Malangnya Mahathir dan para pengikutnya bukan tidak sedar akan permainan politik oleh DAP tersebut, tetapi mereka seakan-akan merelakan jiwa dan minda mereka diliwat oleh para chauvinist DAP hanya demi politik peribadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s