KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup mengaitkan Nabi dengan agenda politiknya, waima isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion sambil ditertawakan audien termasuk musuh Islam, iaitu ahli DAP dalam perhimpunan agung parti itu adalah sesuatu yang sangat dangkal dan ibarat menggadaikan agama Islam demi kepentingan politiknya.

Demi meraih tepukan dan sorakan daripada orang-orang DAP dan demi memburukkan pemimpin Islam lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun M sanggup menggunakan Nabi iaitu insan terpilih yang menerima wahyu daripada Allah SWT sebagai bahan jenaka.

Itulah senario yang kita akan lihat sekiranya Tun M dan sekutunya kini mengambil alih tampuk kepemimpinan negara, di mana Islam, tokoh-tokoh Islam akan dijadikan bahan gelak ketawa, hiburan kepada mereka.

Pemuda UMNO Pahang mendesak Tun M memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana beliau sudah memperlekehkan tokoh yang sangat kita sanjungi dan perkara ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan dalam usaha kita memastikan kedaulatan agama Islam tidak dicemari.

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Ketua Pemuda UMNO Pahang
5 Disember 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s