Azharina Juara GegarVaganza 3

Menewaskan lima peserta lain, Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar diumumkan sebagai juara GegarVaganza 3 (GV 3).

Azharina membawakan lagu Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang secara medley di segmen solo serta lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah di segmen battle.

Azharina yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebuah single terbaru terbitan Astro, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Itali bernilai RM15,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Azharina turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM30,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, pakej penginapan di The Presidental Suite, The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, baucer barangan tunai bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Siti Sarah berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Eropah bernilai RM12,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Sarah turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM25,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM5,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Sarah turut berjaya menjadi pemenang Persembahan Pilihan Penonton menerusi undian di laman web GV dan membawa pulang RM5,000 tajaan Astro.

Sarah membawakan lagu I Will Always Love You dan Matahariku secara medley di segmen solo serta lagu Seandainya nyanyian asal Azharina di segmen battle.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Zarul Umbrella berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 tajaan Budi Group, dan pakej percutian ke Mesir bernilai RM10,000 sumbangan Kowamas Holidays.

Zarul turut membawa pulang rantai mutiara bernilai RM20,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Zarul membawakan lagu Dendangan Laguku dan Gerhana secara medley di segmen solo serta lagu Bila Cinta Didusta nyanyian asal kumpulan Screen di segmen battle.

Tempat keempat yang diraih oleh Ameng Spring berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Turki bernilai RM8,000 sumbangan Kowamas Holidays, rantai mutiara bernilai RM15,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Ameng membawakan lagu Romantis dan Bourgenvilla secara medley di segmen solo serta lagu Duhai Malam nyanyian asal Intan Sarafina di segmen battle.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Intan Sarafina berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Guilin, Guangzhou dan Yangshuo bernilai RM5,000 sumbangan Kowamas Holidays, rantai mutiara bernilai RM10,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM2,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Intan membawakan lagu Kemelut Di Muara Kasih dan Sedetik Lebih secara medley di segmen solo serta lagu Sampai Hati nyanyian asal kumpulan Spring di segmen battle.

Gmie Screen pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 tajaan Astro, rantai mutiara bernilai RM5,000 sumbangan The Rafflesia Pearl Centre, baucer barangan tunai bernilai RM1,000 sumbangan Go Shop serta trofi sumbangan Astro.

Gmie membawakan lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan Salam Terakhir secara medley di segmen solo serta lagu Bukalah Hatimu nyanyian asal kumpulan Umbrella di segmen battle.

Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s