Anak Perempuan Karpal Singh Tak Setuju Mahathir Berbaik Dengan DAP

Didalam banyak bantahan yang diterima apabila Mahathir hadir ke Persidangan Tahunan DAP 2016 baru-baru ini, bantahan dari anak perempuan bekas pemimpin tertinggi DAP dilihat sangat menarik perhatian kerana beliau dengan tegas mempersoalkan kehadiran tersebut.

Anak kepada mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng didalam menjalinkan kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan Barisan Nasional didalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sangeet mendesak kepimpinan DAP menilai semula dan memikirkan tentang kerjasama yang dibuat bersama Mahathir dan Bersatu, disamping menganggapnya sebagai satu perkara yang bakal merugikan parti.

Menurut beliau, kehadiran Mahathir hanyalah tak lain hanya untuk mempergunakan DAP didalam mencari sokongan bukan melayu bagi parti Bersatu. Mahathir juga dilihat hanya bersandiwara bagi mencari sokongan untuk melunaskan dendamnya terhadap Perdana Menteri dan juga UMNO.

Selain itu, Sangeet juga mahu pemimpin serta ahli-ahli DAP tidak melupakan bahawa Mahathir lah yang bertanggungjawab melaksanakan Akta I.S.A yang didakwanya zalim serta banyak digunakan terhadap pemimpin pembangkang, khususnya DAP semasa beliau berkuasa dahulu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada benarkah Mahathir berkongsi prinsip yang sama dengan parti DAP iaitu mahu Malaysia menjadi sebuah negara lebih baik, ataupun Mahathir hanya berpura-pura semata-mata mahu meraih keuntungan politik peribadinya sahaja.

Jelas disini kerjasama Mahathir bersama DAP mewujudkan banyak rasa kurang senang didalam parti tersebut, walaupun ianya dianggap sebagai ‘satu rahmat’ kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Tak mustahil DAP akan mengalami krisis dalaman yang teruk jika pemimpin atasannya bertindak mengabaikan suara-suara penentangan oleh ahli-ahlinya yang selama ini menjadi tunjang kepada parti perkauman tersebut.

Didalam hal ini, Mahathir jugalah yang untung kerana beliau tidak rugi apa pun jika DAP menolak untuk berkerjasama dengannya. Masih ada banyak lagi taktik licik yang boleh Mahathir gunakan bagi memastikan kehendaknya dituruti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s