Ini Cara Pukau Terbaru Untuk Samun Duit Orang

Baru-baru ini, memang dah banyak kali Miss A dengar pasal kes pukau.. Pukau ni memang banyak cara, ada yang boleh pukau hanya dengan menyentuh mangsa.. Ada juga pukau dengan semburkan wangian.. Sebabkan pukau ni, mangsa langsung tak sedar sampai sanggup bagi semua duit yang ada pada orang lain..

Bila dah selesai ja buat perbuatan terkutuk tu, baru mangsa pukau akan sedar.. Bila dah tersedar dari pukau memang semuanya dah terlambat.. Duit semua dah lesap dan individu yang pukau tu pun dah larikan diri..

Miss A dapat tahu, dah ada taktik pukau terbaru yang semakin berleluasa.. Iaitu dengan menyelit duit pada wiper kereta, nampak macam pelik kan? Selalunya yang taktik pelik tu selalu digunakan untuk tarik perhatian mangsa.. Manusia ni memang selalu kalah dengan duit..

Bila tengok duit terselit dekat wiper kereta, mesti ada yang akan ambil duit tu kan? Tapi, taktik ini tak berapa nak menjadi sebab pemangsa hanya selitkan duit RM1.. Kalau selit RM100 kat wiper kereta, Miss A rasa memang semua yang jumpa akan ambil duit tu.. Hahaha..

Seorang wanita dah kongsikan pengalaman hampir terkena pukau tersebut di parking Palm Mall.. Akak ni tengok ada duit RM1 terselit kat wiper kereta dan macam ada orang dah bersedia untuk pukau atau rompak kalau akak tu keluar dari kereta.. Tapi, akak ni ambil keputusan tak nak ambil duit tu dan bawa kereta terus balik ke rumah..

Kalau rasa macam sesuatu yang pelik atau diperhatikan orang, lebih baik tak payah keluar dari kereta dan teruskan je perjalanan macam biasa.. Sekarang ni ramai orang suka cari duit dengan cara mudah.. Dorang sanggup buat benda haram untuk dapatkan duit.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s