Pemuda UMNO Akan Tawan Kembali Pengundi Luar Bandar

Pemuda UMNO akan menggerakkan jenteranya untuk menawan kembali mana-mana pengundi luar bandar yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang..

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu juga akan melibatkan pengundi di bandar yang pulang ke kampung untuk membuang undi.

Jelasnya, penjelasan isu semasa juga akan diberikan untuk memastikan golongan muda tidak terpedaya dengan fakta palsu pembangkang terutama di media sosial.

“Luar bandar merupakan kubu kuat kita, tetapi tidak bermakna kita lupakan pengundi bandar.

Pengundi bandar penting, tidak semestinya mengundi di bandar mereka tidak pulang ke kampung. Mereka mungkin ada pulang ke kampung, pengaruh ibu bapa, sahabat-sahabat, saudara mara untuk mengundi.

Jadi, pengaruh pengundi bandar ini penting. Jangan kita anggap UMNO tidak boleh menang di bandar, kita lupakan sahaja sebab disinilah berlakunya segala pengaruh politik di seluruh negara,”katanya..

Sebelum ini, Khairy menjelaskan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam menggerakkan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) fasa awal dalam kalangan orang muda.

Dalam pada itu kata Khairy, UMNO merupakan satu-satunya parti yang mempertahankan agenda Melayu di dalam perjuangannya.

Ujarnya, ia berbeza dengan misi politik pembangkang yang tidak menyenaraikan langsung sebarang insentif kepada Melayu di dalam agenda mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s