Izham Tarmizi Nak Mia Ahmad Berhenti Berlakon Selepas Berkahwin

Pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad, bukan lah satu nama asing lagi dalam industi seni tanah air.. Pelakon yang pernah hangat diperkatakan bercinta dengan pelakon Saharul Ridzwan ni, Miss dengar tak lama lagi bakal berkahwin..

U’olls pun tahu kan lelaki mana yang berjaya menambat hati Mia?? Siapa lagi kalau bukan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.. Pemain bola sepak jugak yang berjaya menambat hati Mia! Hahaha.. Tak silap Miss, pasangan ni bakal berkahwin pada bulan Januari tahun depan.. Huh! Tak lama lagi jer tu!

Menariknya tu, bila Miss dengar Izham dikatakan memberi masa dua tahun kepada bakal isterinya tu untuk membuat pilihan sama ada mahu terus bergelar pelakon atau sebaliknya.. Kononnya selepas berkahwin untuk tahun pertama dan kedua, Izham masih lagi bagi Mia berlakon..

Tapi lepas tu, Mia kena lah buat keputusan untuk terus jadi pelakon atau pun tidak.. Maknanya Izham nak Mia berhenti berlakon lah ek?? U’olls rasa, Mia akan teruskan kerjayanya sebagai pelakon ke tidak yer?? Miss rasa mesti tak agaknya, kalau dah bakal suami tak suka kan..

Apa-apa jer lah, buat jer keputusan yang terbaik demi hubungan korang berdua.. Kalau Mia tak berlakon pun, suaminya boleh tanggung.. Lagipun gaji pemain boleh sepak kan boleh tahan.. Hahaha.. Itu pasal Ayu Raudhah boleh berhenti berlakon buat sementara waktu sekarang ni.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s