Dipenjarakan Secara Tidak Sengaja, Seorang Lelaki Mendapat Pampasan Sebanyak Rm2.7 Juta

5c-copy

Niat nak melawat anak di penjara, tapi tak pasal-pasal seorang lelaki yang dikenali sebagai Farad Polk telah terpenjara secara tidak sengaja di penjara tersebut.. Farad dah pergi penjara di Cook Country Jail sebab nak melawat anak di penjara atas kesalahan dadah.. Mengikut segala arahan dari pihak polis untuk masuk kedalam sebuah bilik yang disangkakan bilik melawat, Farad dah terkunci dalam bilik yang sebenarnya sudah tidak digunakan lagi..

Bukan sehari atau dua hari, Farad terkunci dalam bilik tu, tapi sampai tiga hari Farad dah terkunci dalam bilik tersebut tanpa makanan dan bilik air.. Kiranya satu bilik kosong yang kalis bunyi.. Kalau menjerit dari dalam bilik tu, memang tak ada sesiapa pun kat luar yang akan dengar..

Ketuk pintu, menjerit tak ada siapa pun yang datang selamatkan Farad.. Selama duduk tiga hari dalam bilik tu Farad sampai nak jadi gila.. Iyerlah, dah la tak boleh makan, berak, kecing semua Farad buang dalam bilik tu ja.. Cuaca sejuk langsung tak ada selimut.. Dah tahu bilik tu tak digunakan lagi, tutup la pintu dan kunci.. Ini tak pasal-pasal ada orang dah terkunci dalam bilik yang dah tak digunakan itu..

Percubaan terakhir yang dibuat Farad adalah dengan membunyikan penggera kebakaran.. Nak bunyikan penggera kebakaran tu pun Farad sampai cedera kat jari dan dapat beberapa jahitan.. Farad dah diselamatkan oleh pihak bomba yang datang ke tempat kejadian selepas penggera kebakaran berbunyi..

Disebabkan kecuaian pihak polis, Farad dah pun mendapat pampasan bernilai RM2.7 juta.. Tapi, duit tak memberi apa-apa kesan pada trauma yang dah Farad lalui sepanjang ada dalam penjara tersebut.. Sehingga kini Farad masih lagi trauma dan tak boleh nak melawat anaknya kat dalam penjara.. Nasib baik Farad ni boleh hidupkan penggera kebakaran, kalau tak memang dia mati mereput dalam tu lah jawabnya.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s