Propaganda Pakatan Sama Seperti Propaganda Komunis

3c-copy

Salah satu daripada mesej propaganda utama komunis adalah untuk memberikan gambaran tentang pihak lawan sebagai sangat teruk dan korup semasa mereka berjuang untuk rakyat.

Mereka menggunakan taktik yang sama ke atas empayar istana Qing dan kemudian menggunakan taktik yang sama terhadap pihak Kuomintang. Di Malaysia, mereka menggunakan taktik yang sama ke atas British dan kemudian ke atas Kerajaan Tanah Melayu.

Secara ringkasnya, propaganda Komunis berpusat di sekitar beberapa polarisasi dikotomi: kebaikan dunia komunis vs keburukan dunia kapitalis, seperti:

1. komunis adalah untuk Kerajaan bersih dan bekerja untuk rakyat, kapitalis adalah korup dan bekerja untuk diri mereka sendiri atau kroni
2. komunis adalah untuk keamanan; kapitalis adalah untuk perperangan;
3. komunis adalah kerjasama bersama; kapitalis adalah untuk eksploitasi secara paksaan;
4. komunis adalah untuk demokrasi yang sebenar; kapitalis adalah untuk oligarki atau demokrasi palsu;
5. komunis adalah untuk kebebasan, kapitalis adalah untuk penindasan.

Jika anda menggunapakainya dalam konteks moden Malaysia, ia akan menjadi:

1. Pakatan adalah untuk Kerajaan bersih dan bekerja untuk rakyat, BN adalah korup dan bekerja untuk diri mereka sendiri atau kroni
2. Pakatan adalah untuk keamanan; BN adalah adalah untuk gangsterisme;
3. Pakatan adalah untuk perjanjian yang sepakat di kalangan parti-parti, BN dikuasai oleh UMNO.
4. Pakatan adalah untuk pilihan raya yang bebas dan adil; BN adalah untuk pilihan raya yang kotor atau tidak adil.
5. Pakatan adalah untuk kebebasan, BN adalah untuk penindasan.

Berdasarkan ini, anda boleh dengan mudah melihat bagaimana propaganda dan mesej asas mereka berfungsi.

Dan untuk memastikan propaganda itu berkesan, mereka mengulangi mesej yang sama berulang-ulang kali sehingga ia diterima sebagai realiti.

Tetapi realitinya adalah, sama seperti komunis yang berjuang untuk kawalan ketika itu, objektif utama Pakatan adalah hanya untuk membuatkan diri mereka berkuasa dan memperkayakan diri mereka – itulah sebabnya mengapa anda melihat perjanjian terowong berbilion-bilion ringgit dan PTMP yang tidak jujur di Pulau Pinang atau perjanjian air di Selangor sekarang ini yang harganya adalah 11 kali lebih tinggi. – LimSianSee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s