Pencarian Terbuka Bagi Mencari Ahli Kumpulan Tarian Raver.. Anda Berminat??

2f-copy

Alahai.. Budak-budak sekarang ni, tak habis-habis lagi dok agung-agungkan budaya barat.. Belajar tak pandai-pandai juga, kalau bab menari ni sanggup belajar bersungguh-sungguh cara menari dengan betul.. Korang ingat besar nanti nak minta kerja, dorang minta sijil cara menari tarian Raver dengan betul kaa?

Tak padan dengan budak sekolah rendah, dah pandai nak buat kumpulan Raver.. Seluar dalam pun mak ayah tolong belikan, dah kalut nak wujudkan kumpulan Raver sendiri.. Patutlah banyak budak-budak bawah 12 tahun sibuk dok muat naik video menari tarian Raver, rupanya buat video untuk di uji bakat masuk kumpulan Raver.. Hahahah..

Gampang betul budak-budak sekarang, Miss A dulu- dulu sibuk nak masuk kumpulan kompang je tau.. Budak-budak sekarang sibuk berjoget-joget tarian Raver macam baru lepas minum ketum.. Apa yang best sangat dengan Raver korang ni haa?? Pelik la Miss A..

Telah viral di media sosial yang seorang ‘Ayahanda Raver’ tengah dok buat pemilihan mencari budak-budak lelaki dan perempuan bawah umur 12 tahun, untuk dimasukkan kedalam kumpulan Raver.. Syarat-syarat utama mestilah kena pandai ‘dancing-dancing’, berpakaian kemas, rambut sikat tepi dan mempunyai semangat setia kawan..

Tapi, nak masuk kumpulan ni tak boleh pakai selipar Jepun, takut-takut waktu ‘dancing-dancing’ kaki ‘cream’.. Wei dik, ‘ice cream’ ke ni? Mak ayah hantar belajar tak nak belajar, sibuk nak menari.. Tengok, tulis bahasa Inggeris pun bodoh.. Cream kepala bana betul.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s