#PAU2016 : UMNO Perlu Segera Tangani Politik Fitnah Di Media Sosial

image

UMNO perlu segera tangani politik fitnah dan persepsi negatif di media sosial yang dimainkan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Katanya, langkah itu perlu disegerakan kerana ia boleh memperbetulkan tanggapan serong terhadap UMNO dan kerajaan.

Mohd Rafi berkata, beliau bimbang rakyat akan terpengaruh dengan politik persepsi yang dimainkan pembangkang di media sosial, sekali gus menenggelamkan usaha pembangunan dan kebajikan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN), terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerja pembangkang buat fitnah agar rakyat bersama mereka sehinggakan rakyat sudah tidak pandai menilai yang mana satu kaca dan mana satu permata,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Shahaniza Shamsuddin pula mencadangkan agensi kerajaan mewujudkan unit media sosial masing-masing sehingga ke peringkat daerah di setiap negeri bagi memaklumkan projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Shahaniza berkata ini kerana sering berlaku, maklumat mengenai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak sampai kepada rakyat.

“Kerajaan juga memerlukan satu pusat sehenti untuk penyaluran maklumat agensi kerajaan agar dapat memantau dan menghebahkan maklumat mengenai usaha kerajaan yang dilaksanakan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong, Hazrene Begum Mohd Husin berkata golongan muda dalam UMNO perlu menjadikan media sosial sebagai instrumen untuk meyakinkan orang muda terhadap perjuangan parti.

“Kepantasan maklumat disampaikan kini melalui gajet elektronik menerusi aplikasi media sosial yang menjadi trend bukan saja golongan muda malah golongan yang berumur,” katanya.

Beliau memberikan contoh pengaruh media sosial dapat dilihat keberkesanannya sewaktu pemilihan presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan peranan maklumat dihujung jari amat besar dan berpengaruh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s