#PAU2016 : Jentera Siber Yang Padu Perlu Untuk Tarik Sokongan Orang Muda

Pergerakan Puteri UMNO menggesa parti segera membentuk jentera siber yang padu dan profesional bagi menguasai teknologi maklumat serta media baharu untuk menarik sokongan golongan muda.

Wakilnya, Hazrene Begum Mohd Husin, berkata Puteri bimbang perkara asas itu tidak diberi keutamaan walhal ia adalah satu gerak kerja yang penting pada saat ini memandangkan setengah daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada orang muda.

“Adakah kita sudah bersedia, soalan ini penting untuk kita jawab kerana media sosial ini adalah rakan karib orang muda, mereka tidak lagi mendengar berita rasmi daripada kerajaan tetapi hanya melalui internet yang mempunyai pelbagai jenis maklumat dan sumber.

“Kerana itu kita perlu lebih padu dalam media sosial, kita mesti kuasainya dengan bermacam-macam cara, jika kita berjaya menarik mereka melalui trend semasa ini, diyakini peluang Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum nanti cukup besar,” katanya..

Selain itu Hazrene Begum turut meluahkan hasrat agar kepimpinan tertinggi parti mengambil perhatian terhadap permintaan Puteri dan Pemuda untuk meletakkan 30 peratus daripada calon pilihan raya nanti daripada kalangan orang muda.

Katanya, itu adalah strategi yang mudah dicapai untuk memenangi PRU14 dan kaedah itu perlu tertumpu pada kawasan-kawasan yang berpotensi menang selain mengambil kira majoriti pengundinya ialah orang muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s