#PAU2016 : Antara DAP Dan UMNO.., Orang Melayu Berdepan Cabaran Getir Di PRU14

Orang melayu kini hanya mempunyai dua pilihan sama ada mahu terus bersama dengan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, ataupun mereka mahu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh DAP yang terbukti meletakkan bangsa melayu serta Islam sebagai bukan keutamaan.

Itulah persoalan yang dilemparkan oleh Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016. Malah beliau juga mengingatkan orang melayu tentang betapa gentingnya nasib bangsa yang bakal ditempuh pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Orang melayu dan Bumiputera seharusnya menyedari bahawa memilih sesebuah kepimpinan untuk menerajui negara bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Jika tersalah pilih, sudah tentu nasib yang lebih teruk akan menimpa generasi masa hadapan, akibat dari kegagalan orang melayu/Bumiputera sendiri.

Ramai dikalangan orang melayu/Bumiputera masih leka dan juga alpa mengenai soal membuat pilihan ini. Ambil pendaftaran mengundi bagi golongan muda sebagai contoh, anak-anak muda melayu/Bumiputera jelas jauh ketinggalan didalam mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Disini sahaja kita sudah dapat melihat betapa lemahnya kesedaran orang melayu/Bumiputera membuat pilihan. Itu belum lagi dilihat dari konteks memilih calon wakil rakyat ataupun calon Ahli Parlimen yang difikirkan mampu memperjuangkan nasib rakyat.

Orang melayu seharusnya sedar bahawa kepimpinan DAP hanya akan merugikan nasib bangsa dan juga agama Islam di tanahair. Ambil contoh apa yang terjadi di P.Pinang dan juga Selangor, lihat sendiri bagaimana nasib bangsa melayu dan agama Islam direndah-rendahkan sehingga begitu hina sekali.

Memilih Pakatan yang diterajui oleh DAP, bolehlah dianggap sebagai satu mimpi ngeri kepada bangsa melayu keseluruhan. Terbukti bahawa DAP tak akan mengangkat Hak Istimewa orang melayu, sepertimana yang dipertahankan selama ini oleh UMNO melalui Barisan Nasional.

Cuba bayangkan jika agensi-agensi seperti MARA, Felda, Risda, Felcra serta Teraju pupus dan lenyap dari bumi Malaysia selepas DAP memerintah, apa yang ada pada bangsa melayu ketika itu? Begitu juga UITM yang selama ini menjadi kebanggaan orang melayu.

Jika mahu dikira, berapa ramaikah orang melayu/Bumiputera yang tahu mengenai Perlembagaan DAP yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, dan juga langsung tidak menyatakan bahawa mereka menjunjung institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tonggak negara?

Jika orang melayu serta Bumiputera betul-betul memahami apa yang terkandung dan tersirat didalam Perlembagaan DAP, pastinya tidak akan ada seorang pun yang tergamak menyokong Pakatan, bahkan akan menolak DAP secara total.

Malangnya, ini semua diambil mudah oleh kebanyakan penyokong Pakatan kerana terpengaruh dengan dakyah janji palsu, oleh boneka-boneka DAP berbangsa melayu didalam PKR dan juga PAN.

Begitulah kritikalnya nasib orang melayu yang bakal berdepan dengan persimpangan getir dalam sejarah politik negara tak lama lagi. Jika tersilap pilih pada PRU14, maka berkuburlah satu-satunya tunjang melayu didalam negara dan musnahlah harapan melayu di Malaysia. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s