Maria Farida ‘Berperang’ Dengan Bekas Kawan Baik Di Instagram

Pelakon Maria Farida yang masih kekal cantik walaupun dah semakin meningkat usia, tak perlu lah Miss memperkenalkan lagi.. Pelakon yang dah lama bertapak dalam industri seni ini dah dikenali ramai dan wajahnya sering menghiasi kaca televisyen menerusi drama-drama lakonannya..

Tak silap Miss drama terbaru ‘Love You Mr.Arang’ yang dilakonkan Maria sedang ditayangkan di slot Iris di TV3.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal karier atau drama terbaru lakonan Maria pun, bakat Maria sebagai pelakon memang tak boleh dinafikan lagi..

Cuma Miss dengar nama Maria kini menjadi bualan hangat bila dikatakan sedang berperang dengan bekas kawan baiknya, yang jugak merupakan bekas isteri suami Maria sekarang di Instagram.. U’olls tahu kan Maria pernah dihimpit dengan kontroversi panas, di mana Maria dikatakan merampas suami kawan baik sendiri sebelum ni..

Nampaknya hubungan Maria dengan bekas kawan baiknya tu masih belum baik lagi, masih tegang seperti sebelum ni.. Miss rasa hubungan dorang semakin tegang ada lah.. Tak percaya?? Cer u’olls tengok gambar ni, kedua-duannya saling menyindir antara satu sama lain di akaun Instagram masing-masing..

Sebelum ni bukan main lagi kedua-duanya menggelarkan masing-masing sebagai ‘bff forever’.. Sekali bergaduh gara-gara seorang lelaki, status sebagai kawan baik akhirnya bertukar menjadi musuh ketat pulak.. Macam-macam hal!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s