Keith Foo Jadi Modal Untuk Skim Cepat Kaya Menipu Orang Ramai

Pelakon Keith Foo yang pernah mencipta nama di industri seni Indonesia, bukan lah satu nama asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.. Walaupun dah bertahun-tahun bergelar anak seni di negara seberang, akhirnya pelakon ni dah kembali ke Malaysia dan memulakan kariernya di sini..

Miss sebenarnya dah lama tak dengar cerita pasal Keith, lakonannya pun semakin menyepi jer.. Tapi baru-baru ni Miss dengar nama Keith menjadi bualan hangat bila dikecam dan dikatakan cuba menipu orang ramai dengan skim cepat kaya.. Biar betul ni u’olls??

Bila isu panas tu menjadi bualan hangat, tuan empunya badan pun tampil bersuara lah.. U’olls tengok status yang Keith baru muat naik di akaun Instagramnya ni, Keith mengamuk dan bengang bila ada pihak menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan skim cepat kaya di laman sosial..

Keith menjelaskan yang dia tidak terbabit langsung dengan skim cepat kaya berkenaan dan beliau meminta supaya orang ramai tak terus mengecamnya.. Yela, sebelum ni Miss difahamkan ramai mengencam Keith dengan menuduhnya sebagai penipu..

Kalau Keith tak terbabit dengan skim cepat kaya tu, bagus lah yer.. Miss harap Keith jangan pulak menggunakan populariti sebagai seorang artis untuk mengambil kesempatan menipu orang lain yer!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s