Ayda Jebat Mohon Maaf Kepada Shila Amzah Pasal Video Lawak Di Instagram

1a-copy

Sebelum ni pelakon Ayda Jebat pernah menjadi bualan hangat dan mencetuskan kontroversi panas, bila buat video ‘live’ wajah pelakon Sharnaaz Ahmad di Instagram, dengan berlatarkan lagu ‘Selamanya Cinta’ yang dinyanyikan Shila Amzah sehingga menimbulkan kemarahan penyanyi itu sendiri..

Shila menganggap perbuatan pelakon wanita tu seolah-olah menyindirnya, sampaikan Shila memuat naik meluahkan perasaan tak puas hatinya di akaun Twitter.. U’olls bukannya tak tahu, Shila kan sensitif bila namanya dikaitkan dengan Sharnaaz.. Maklum lah bekas kekasih, itu yang dia meroyan lebih sangat!

Bila perkara ni hangat diperkatakan, Ayda ditanyakan mengenai perkara panas ni.. Ayda tampil menjelaskan yang dia tak ada niat nak menyindir mana-mana pihak pun.. Ayda meminta maaf kalau gurauannya tu telah mengguris hati mana-mana pihak..

U’olls pun tahu kan, Shila mendakwa perbuatan Ayda tu bukan kali pertama dilakukan Ayda.. Tak silap Miss.., yang pertama dilakukan Ayda ketika melakonkan babak didalam drama ‘Awak Sangat Nakal’.. Ayda ada jugak menyanyikan lagu penyanyi tersebut.. Tapi Miss tengok, tindakan Ayda tu hanya nak menimbulkan unsur komedi jer dalam babak tersebut..

Tapi itu lah masalahnya bila bergurau dengan orang yang sensitif dan tak boleh dibuat melawak.. Selain itu, Miss dengar Shila dikatakan menganggap perkara tersebut terlalu serius sampaikan pihak Shila menghubungi Ayda hanya semata-mata meminta Ayda untuk memadamkan video berkenaan dari Instagramnya..

Ishh! Ishh! Poyo betul Shila, sampai minta padam bagai.. Benda-benda macam tu pun nak buat serius.. Benda kecil je, tak perlu rasanya Shila nak perbesar-besarkan.. Ayda Jebat hanya bergurau jer pun! Lepas ni Ayda tak payah lah nak menyanyikan atau bergurau berkenaan minah poyo tu lagi.. Takut lepas ni jadi lebih teruk pulak.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s