Serangan Mahathir Hanya Untungkan DAP

2c-copy

BAGI DAP, catatan sejarah politik mereka seolah-olah bermula pasca tahun 2008 iaitu pada Tsunami Politik. Ia tak keterlaluan, kerana dari tahun 1946 hingga 2008, ia merupakan zaman kegelapan DAP yang pastinya tidak akan diakui mereka sendiri.

Walhal, sejarah perkembangan politik di negara ini khususnya bangsa Melayu adalah bermula sejak 1946 lagi. Ini merupakan sejarah, dan ia tidak akan boleh dinafikan walaupun cuba ‘dipadamkan’ DAP.

Jika sekitar 2006 hingga sebelum 2014, bekas Presiden UMNO paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak putus-putus melupakan orang Melayu dengan sejarah penubuhan UMNO pada 1946, kisah 13 Mei 1969 rusuhan kaum, kisah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kebencian terhadap parti Chauvinist, DAP.

Namun semuanya bagaikan album memori yang dipadam Mahathir apabila bertindak bekerjasama dengan parti yang dahulu dia sendiri sifatkan sebagai pemecahbelah bangsa Melayu.

Hanya kerana agenda peribadi mahu menaikkan anaknya sendiri, Mahathir akhirnya telah menguntungkan DAP. Mana tidaknya, kerana Mahathirlah yang telah menyebabkan bangsa Melayu semakin berpecah belah sekarang ini.

Bangsa Melayu amat jelik dengan perkataan perpecahan dan pengkhianatan. Jadi, tindakan Mahathir ini sekali lagi membuatkan bangsa Melayu terus marah dan benci dengan perkara itu.

Buktinya semasa Persidangan 3 Sayap UMNO pada 30 November 2016, tiada satu sayap pun yang membisu mengenai perkara ini. Malah, ketiga-tiga sayap dalam kesimpulan persidangan ini telah bersetuju tindakan Mahathir itu hanya memberi untung kepada DAP secara konsensus.

Apabila perkara ini disebut di atas pentas ketiga-tiga sayap, ia disahut tepukan amat gemuruh daripada para perwakilan dan pemerhati yang ada. Ini memberi respon bahawa bangsa Melayu tidak akan sesekali berkompromi dengan tindakan tidak setia kepada parti dan menolak pengkhianat bangsa, walaupun ia dilakukan oleh bekas pemimpin bangsa.

Apa yang digambarkan dalam persidangan 3 sayap UMNO semalam berserta respon para perwakilan yang hadir, ia sekali lagi memberi mesej kepada dunia bahawa apa yang dilakukan Mahathir telah menguntungkan DAP Laknatullah! – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s