#PAU2016 : Yang Berubah Ialah Tun Mahathir – Datuk Othman Abdul

“DAP belum berubah, begitu juga perhimpunan kuning. Yang berubah ialah Tun Dr Mahathir,” ujar Perwakilan UMNO Pendang yang juga Pencadang Usul Ucapan Dasar Presiden, Datuk Othman Abdul pada Perhimpunan Agung UMNO 2016..

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, Bekas Perdana Menteri itu sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang yang dahulunya didakwa sebagai rasis.

“Tun (Mahathir) tak sayang kita lagi. Dia sanggup (berbaik) dengan Lim Kit Siang yang dia kata rasis. Dia kata (baju) kuning itulah perosak tapi dia sendiri sudah pakai baju kuning,”

Malah, beliau menyangkal dakwaan negarawan itu yang menuduh orang UMNO pemakan dedak.

“Tun kata kita makan dedak. Yang makan dedak itu ayam, itik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempertahankan tindakan kumpulan baju merah yang disifatkan menjadi pertahanan kepada maruah bangsa dan campurtangan asing.

“Tiada baju kuning, tiada baju merah. Terima kasih pada (Ketua Kumpulan Baju Merah) Datuk Seri Jamal Md Yunos dan rakan-rakan. Itu bukan nak gaduh, tetapi nak pertahan maruah bangsa dan  tidak mahu campurtangan asing,” katanya.

Tambahnya lagi, UMNO sebagai sebuah organisasi harus lakukan apa yang perlu dibuat, dan bukan buat apa boleh dilakukan.

“Saya nak mohon supaya pandangan dari Dr Hisham Al-Talib, katanya perlu buat apa perlu dibuat bukan buat apa boleh dibuat,” ujar beliau.

Selain itu, beliau menggesa pemimpin turun membantu rakyat bagi memastikan kemenangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-14.

Pada masa sama, beliau bersetuju jika komponen bersama-sama kita dengan UMNO untuk bekerja keras memastikan kemenangan BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s