#PAU2016 : UMNO Patut Jadikan Kezaliman Terhadap Melayu P.Pinang Sebagai Pengajaran

3c-copy

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Nordin Wahab semasa membahas ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam, harus diberikan perhatian oleh semua pihak khususnya pemimpin UMNO negeri.

Nasib bangsa melayu yang tertindas oleh kekejaman regim pemerintahan DAP di negeri ini sememangnya perit untuk diterima, apatah lagi ia berlaku sewaktu UMNO dianggap kuat dan juga merupakan parti melayu terbesar didalam negara.

Tambah menyedihkan, nasib orang-orang melayu di P.Pinang kini boleh dikatakan seperti ayam yang kehilangan ibu, semenjak Barisan Nasional kalah pada pilihanraya Umum 2008 di P.Pinang.

Walaupun ada pemimpin UMNO di negeri ini, kuasa mereka jelas terhalang kerana pembuat dasar serta yang menentukan setiap keputusan adalah tertakluk dibawah kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP.

Pemimpin UMNO di seluruh negara khususnya yang memegang tampuk pemerintahan di kerajaan Pusat, tidak harus alpa dengan apa yang terjadi. Jangan biarkan bangsa melayu di negeri lain menerima nasib yang sama dengan orang melayu disini.

Rakyat seluruh negara sudah sedia maklum, penjaja dan juga peniaga kecil-kecilan di kalangan orang melayu sering dianiayai dan juga dihalang untuk mencari rezeki oleh kerajaan DAP melalui agensi penguatkuasaan negeri.

Untuk rekod, sebanyak 1500 gerai dan juga premis perniagaan telah dirobohkan dengan pelbagai alasan oleh kerajaan DAP negeri di P.Pinang, semenjak mereka memegang tampuk kuasa pada tahun 2008. Malangnya, 90 peratus daripada jumlah tersebut adalah milik orang melayu.

Selain itu, penempatan tradisional orang-orang melayu di kampung-kampung juga semakin terancam ibarat warga Palestin yang dijajah oleh Israel laknatullah. Banyak kampung-kampung melayu yang hanya menunggu masa untuk dikorbankan oleh DAP.

Sehingga kini, sebanyak 13 kampung tradisional melayu sudah lenyap akibat dari kerakusan DAP yang mahu mengaut keuntungan melalui rancangan pembangunan mewah. Inilah nasib bangsa melayu yang kini merempat dibumi sendiri.

Pemimpin-pemimpin UMNO harus membuka mata dan telinga terhadap segala taktik licik DAP didalam memanipulasi segala aset bangsa melayu yang selama ini diwarisi turun temurun. Jangan biarkan bumi melayu ini tergadai hanya kerana pemimpin diatas sibuk mengejar cita-cita berpolitik sahaja.

Tanpa sokongan dari bangsa melayu, sangat mustahil untuk UMNO terus kukuh selama 7 dekad di bumi bertuah ini. Jika selama ini bangsa melayu memberi ‘hati dan budi’ kepada pemimpin UMNO melalui sokongan dan undi mereka, kini tiba masanya untuk para pemimpin UMNO membalas jasa serta sokongan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s