#PAU2016 : Tindakan Mahathir Adalah Kemuncak Penderhakaan Terhadap UMNO

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpaling tadah adalah kemuncak penderhakaan terhadap UMNO, bangsa dan negara.

Dalam menzahirkan rasa kesal itu, Presiden UMNO berkata, Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

“Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini tergamak dan terbabit dalam perbuatan keji dan bersubahat dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk daripada itu bersekongkol dengan musuh luar negara seperti George Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang,” katanya.

Najib turut menyongsong suka duka perjalanan UMNO selama lebih tujuh dekad, meskipun melalui pelbagai rintangan, umpamanya, parti ini sering kali cuba ‘dijebak’ ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.

Beliau berkata, episod pertembungan antara Team A dan Team B ketika pemilihan Presiden UMNO pada 1987, menyaksikan ahli UMNO setia di belakang Dr Mahathir sehingga Tengku Razaleigh Hamzah berkecil hati dengannya atas keputusan beliau dan pasukan berpihak kepada Dr Mahathir.

“Namun ketahuilah, saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip walak dan tuntutan kesetiaan kepada seorang Presiden parti walaupun secara peribadinya saya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh dan sehingga kini saya tetap menghormati beliau sampai bila-bila.

“Babak selanjutnya, tragedi hitam ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988, mengisytiharkan bahawa UMNO sebagai pertubuhan haram. Siapa juga pada saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir selaku Presiden sehingga UMNO baharu telah secara rasmi diterima semula secara sah?

“Siapa lagi, Siapa lagi, kalau bukan kita, orang-orang UMNO!,” katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, parti keramat UMNO terus berada dalam lindungan Allah dan mampu bertahan sehingga hari ini kerana prinsip dan falsafah walak jelas terpancar dalam tradisi mulia parti itu.

Katanya, ia adalah perlambangan hebat, sebuah parti yang menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang Presiden atau Perdana Menteri selama ini.

Beliau berkata, pada hemahnya prinsip walak membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah, yang wajib diberikan kepada seseorang khalifah, pemimpin yang sah atau dalam konteks UMNO kepada Presidennya, manakala dalam konteks kerajaan pula, kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s