KL PWTC Mercu Tanda Terbaru Malaysia

5c-copy

Dengan kecanggihan teknologi hologram 3D, enam bekas presiden UMNO ditampilkan di atas pentas bersama-sama Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka menyaksikan upacara bersejarah perasmian secara simbolik pecah tanah projek pembangunan kompleks Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC), yang akan menjadi mercu tanda ikonik baru di ibu negara.

Keenam-enam mereka ialah Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang merupakan pengasas dan Presiden UMNO yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penampilan mereka pada acara tersebut dipancarkan di layar gergasi dinding, ‘seolah-olah’ mereka menyaksikan upacara bersejarah. Kesemua mereka yang berpakaian baju Melayu lengkap dengan samping dan songkok. Mereka tampil selama dua minit di atas pentas utama sebagai simbolik gabungan tenaga untuk legasi dan kejayaan UMNO selama 70 tahun.

Najib dan kesemua bekas presiden UMNO, bersama-sama melaungkan ‘Hidup UMNO’ sebanyak tiga kali yang menyemarakkan acara tersebut. KL PWTC, akan dijelmakan dengan bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat, yang dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 menjadi sebuah dewan baharu yang luas dan bertaraf dunia, serta projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Menara 70 tingkat ini melambangkan 70 tahun usia UMNO, akan dibangunkan di atas tapak Hentian Putra dengan keluasan lantai 111,484 meter persegi, berhadapan PWTC dan ia akan menjadi ibu pejabat UMNO yang baharu. Acara perasmian pecah tanah itu dimulakan dengan penuh adat istiadat Melayu, apabila Najib dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO diarak masuk ke dalam dewan dengan bersama sekumpulan hulubalang yang lengkap berpakaian pahlawan Melayu.

Malah perarakan ini disertai oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang mewakili 13 negeri di seluruh negara. Kerja-kerja fizikal pembinaan menara 70 tingkat itu akan dimulakan pada 11 Mei 2017 sempena kelahiran UMNO. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s