Kes Tumbuk : Giliran Sharnaaz Ahmad Tampil Menafikan Hal Ini

1a-copy

Nampaknya kedua-dua tuan empunya badan dah tampil menjelaskan kontroversi panas yang menghimpit dorang berdua baru-baru ni.. Selepas kakak pelakon Neelofa, Noor Nabila tampil menafikan dirinya ditumbuk oleh Sharnaaz Ahmad, kini Sharnaaz pulak tampil bersuara u’olls..

Yela, kalau si lelaki tak tampil, tak gentleman lah noh.. U’olls baca jer lah status Sharnaaz yang baru dimuat naik di akaun Instagramnya tu, tahu-tahu jer lah bahasa Sharnaaz memang kasar sikit kalau dia berkata-kata.. Lawaknya tu bila Sharnaaz siap gelarkan dirinya sebagai ‘abang otong’.. Hahahhaa..

Sharnaaz menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap dakwaan tu sebagai fitnah.. Untuk membuktikan dia masih bersama Nabila, sempat lagi Sharnaaz dok bermanja-manja dengan Nabila secara terbuka di laman sosial Instagram..

U’olls tengok jer lah pasangan bahagia tu saling berbalas komen di ruang komen akaun Instagram Nabila, nampak sangat hubungan dorang masih lagi baik dan bahagia seperti sebelum ni.. Nampaknya dorang berdua masih memegang gelaran pasangan paling ‘sweet’! Hahaha..

Jadi Miss rasa tak akan timbul lagi lah pasal isu tumbuk-menumbuk tu yer.. Lagipun kalau Nabila ditumbuk, sudah tentu dia akan menunjuk kesan-kesan dari ditumbuk tu.. Iye dok?? U’olls pun doa-doa kan jer lah pasangan ni terdetik nak kahwin cepat.. Mungkin lepas kahwin, kontroversi panas yang macam ni tak akan menghimpit dorang lagi.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s