Imam Al Aqsa Dipergunakan Untuk Naikkan Kembali Imej Guan Eng?

1c-copy

Rakyat P.Pinang berasa sangat bertuah apabila menerima kehadiran Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ali Al-Abassi petang semalam. Imam Masjid ketiga paling suci didalam Islam itu juga dibawa melawat ke tempat yang indah lagi menawan di negeri ini oleh Lim Guan Eng serta Exco Agama, Abdul Malik Kassim.

Malangnya, jemputan keatas Imam Masjid Al-Aqsa itu didakwa hanyalah untuk menyelamatkan karier politik Ketua Menteri berkenaan dan juga menaikkan semula imej kerajaan DAP negeri yang semakin dibenci oleh rakyat P.Pinang.

Netizen juga menganggap bahawa kedatangan Imam Masjid Al-Aqsa tersebut hanyalah sebagai satu lagi wayang oleh kerajaan DAP P.Pinang untuk menunjukkan bahawa mereka itu lebih islamik dari PAS di Kelantan.

Individu yang menggunakan nama ‘Be Ah Dapan’ menganggap ahli politik seperti Lim Guan Eng sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan karier politiknya dari tenggelam kerana dibelenggu masalah sekarang ini.

Beliau juga mengatakan, orang melayu dan Islam di Malaysia sudah tahu wajah sebenar Ketua Menteri tersebut yang menghalang serta menolak undang-undang Islam di Malaysia. Jadi tindakan ‘menjual nama’ Imam Masjid Al-Aqsa itu adalah sebahagian dari taktik politik Guan Eng dan Pakatan semata-mata.

Didalam komen yang sama, ‘Be Ah Dapan’ juga berkata tak mustahil selepas ini Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P Ramasamy juga akan berlakon memeluk pensyarah terkenal Dr Zakir Naik dan Mat Sabu berpeluk pula dengan Sami dari Myanmar demi ‘survival’ politik Pakatan di P.Pinang.

Seorang lagi netizen pula menyatakan, budaya orang Arab ialah suka memuji tuan rumah jika mereka dijemput bertandang ke satu-satu tempat. Beliau yang menggunakan nama ‘Bamkorso korso’ juga mengatakan Guan Eng hanya memilih tempat yang cantik sahaja untuk ditunjukkan kepada tetamu, jadi tak hairanlah jika ianya dipuji.

Selain itu, beliau juga menulis bahawa Imam Sheikh Ali sudah tentu tidak dimaklumkan tentang perlakuan buruk parti DAP dan juga Kerajaan Guan Eng di P.Pinang yang menghalau penduduk kampung-kampung melayu, serta tidak membenarkan azan dilaungkan di luar kawasan masjid.

Sementara itu, ‘Ir Hisam Pajar’ pula mendoakan agar Lim Guan Eng dibukakan hati oleh Tuhan untuk memeluk agama Islam. Beliau turut berharap agar seluruh keluarga serta para pengikut Ketua Menteri P.Pinang tersebut menerima Islam sebagai pegangan hidup.

P.Pinang memang telah terkenal dengan keindahan kawasan pantai serta lautnya, dan juga kawasan pelabuhan serta jambatan yang boleh dilihat dengan jelas melalui kawasan tinggi seperti Komtar yang menjadi lokasi Pejabat Ketua Menteri.

Semua keindahan tersebut adalah hasil dari pembangunan yang dibina dan dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sebelum ini di P.Pinang. Rakyat telah sedia maklum bahawa Guan Eng dan DAP hanya ‘cuci kaki’ sahaja dan berlagak seolah-olah mereka yang membangunkan negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s