Gempar!! Alas Kaki Diperbuat Dari Keratan Ayat Al-Quran Ditemui

2f-copy

Baru-baru ni, banyak whatsapp group yang dah kecoh pasal alas kaki yang ada ayat-ayat Al-Quran dalam tu kan? Sebenarnya kejadian tersebut tak berlaku kat Malaysia, tapi berlaku di Indonesia..

Ayat Al-quran ditemui didalam alas kaki tersebut selepas seorang warga Indonesia mahu mencuci alas kaki tersebut.. Itu pun sebab alas kaki tu terkoyak, kalau tak memang tak tahu la yang dalam alas kaki tersebut ada keratan ayat Al-quran..

Kedai yang jual alas kaki di Jogyakarta tu pun dah diperiksa pihak berkuasa Indonesia dan memang semua alas kaki yang dijumpai mengandungi keratan ayat Al-Quran.. Pihak di Indonesia dah pun mengambil tindakan pada pihak kedai yang menjual alas kaki tersebut..

Selepas viral mengenai hal tersebut, seorang rakyat Malaysia yang menggunakan akaun Facebook ‘Kamariah’ telah mengambil keputusan untuk periksa alas kaki dirumahnya.. Selepas berbuat demikian, beliau amat terkejut apabila melihat yang alas kaki dirumahnya turut mempunyai keratan ayat Al-quran disebelah dalamnya.. Banyak betul cubaan jahat yang cuba dilakukan pihak tak bertanggungjawab untuk menghina agama Islam..

Kamariah bertindak untuk memuat naik status mengenai hal itu di laman Facebooknya.. Tapi tak lama selepas hal itu menjadi viral, Kamariah mengambil keputusan untuk memadam status tersebut.. Kenapa status tersebut dipadam oleh Kamariah, Miss A tak dapat pastikan..

Cuba korang periksa alas kaki yang ada kat rumah korang tu.. Tengok sikit, apa isi dalam alas kaki tu.. Bukan apa, takut alas kaki kat rumah korang tu pun sama macam alas kaki yang tengah viral ni.. Aish, macam-macam cara orang sekarang ni nak hina Islam kan.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s