Anina Saadudin Meroyan Raih Simpati Rakyat Negeri Melaka

10a-copy

Dalam satu ceramah Bicara Rakyat Melaka Bersatu yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di negeri tersebut… Srikandi PPBM, Anina Saadudin dengan rasa tidak malunya meraih simpati rakyat Melaka yang hadir ke ceramah tersebut.

Rakyat Melaka yang hadir sebenarnya nak dengar apa yang PPBM mampu lakukan sekiranya mereka menjadi wakil rakyat di kawasan mereka. Tapi lain pula yang jadi, apabila Anina meraih simpati mengenai nasib beliau yang dipecat dari UMNO suatu ketika dahulu.

Anina mereka cerita kononnya dia dipecat daripada menjadi pensyarah di sebuah universiti hanya kerana dia mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Langkawi.

Bukan itu sahaja, Anina turut menyalahkan UMNO dan perdana menteri apabila dia dilucutkan keahlian UMNO… Mendakwa dia dipecat kerana telah mengheret presiden UMNO ke mahkamah. Padahal semua tuduhan Anina itu langsung tidak berasas.

Dia dipecat kerana telah melanggar disiplin UMNO dan mengkhianati parti… Jadi wajar ke kita nak simpan ‘pemimpin’ yang hanya akan membusuk di dalam parti?? Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga… Jadi kalau yang buruk tu baik dibuang jangan disimpan lagi.

Sementara itu, Anina bermegah kononnya dia bukan seorang yang gila jawatan, gila pangkat, gila harta dan sebagainya. Menjadi Srikandi PPBM hanya disebabkan terpaksa… Dan Anina mendakwa sudah dua kali dia menolak tawaran tersebut tapi akhirnya terima juga.

Huhhh! Kalau betul tak gila jawatan, buat apa terima?? Bila dah terima bermegah pula kononnya sebelum ini menolak tawaran dari PPBM. Hahhh! Nak tunjuk yang diri tu bagus agaknya!

Sudah-sudah la tu meraih simpati, takde siapa nak simpati pun. Orang nak dengar ceramah bukan nak dengar pengemis minta sedekah.. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s