#PAU2016 : Wanita UMNO Kedah Tidak Mahu Calon ‘Express’

8a-copy

Wanita UMNO Kedah tidak mahu calon yang tiba-tiba sahaja muncul… Pendek kata, calon express atau calon payung terjun.. Mereka menolak calon sedemikian dan pastinya individu seperti itu tidak akan tercalon sebagai pemimpin Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datin Noor Hasita Mat Isa berkata demikian ketika membahas mengenai usul politik pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Sebaliknya, Wanita Kedah mahukan calon yang berpengalaman, mempunyai kesungguhan dalam setiap perjuangannya. Bukan itu sahaja, pastinya Wanita kedah juga mahukan calon yang setia dan ikhlas dalam setiap perjuangannya bagi menjaga kebajikan rakyat.

Individu seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang baru sahaja menempah nama dalam dunia politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin. Dah la ilmu dalam dunia politik masih lagi mentah… Pengalaman pun takde beb!!

Jadi tokoh seperti setiausaha, bendahari dan ketua bahagian adalah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai calon serta pemimpin. Mereka mempunyai nilai kesetiaan bersama parti yang cukup tinggi. Wanita Kedah juga tidak mahukan calon payung terjun yang mengkhianati parti.

Oleh itu, Hasita menyeru agar Wanita bersama-sama meningkatkan solidariti dan nilai perpaduan yang tinggi dalam parti, agar dapat mencapai kemenangan besar dan bergaya dalam pilihanraya nanti. Jadikan slogan UMNO sebagai pembakar semangat dan pencetus kepada api perjuangan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s