#PAU2016 : UMNO Perlu Berjuang Dan Berkhidmat Untuk Semua Rakyat Malaysia

4-copy

UMNO yang kini mencapai usia 7 dekad sudah dianggap matang dan kukuh dari segi memenuhi keperluan orang melayu serta melengkapi kepentingan bangsa di dalam negara. UMNO yang selama ini berjuang dan menjadi penjaga kepada Ketuanan Melayu di Malaysia, harus seiring dengan perkembangan politik semasa didalam memastikan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

Dengan sebab itulah, Presiden UMNO DS Najib Tun Razak mahukan UMNO berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama atau latarbelakang untuk memaksimalkan manfaat parti kepada tanahair.

UMNO selama 7 dekad ini juga telah menjadi tunjang kepada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Walaupun begitu, UMNO sebagai parti melayu terbesar di dalam negara sudah tentu tahu bahawa kejayaan parti adalah hasil sokongan dari jutaan ahlinya di seluruh negara.

Disebabkan itulah, UMNO kini dianggap pemangkin kepada kejayaan negara dan segala hasil kejayaan serta limpahan rahmat yang diperolehi didalam pemerintahan, ianya pasti akan dinikmati oleh keseluruhan rakyat tanpa mengira status.

Jasa dan bakti UMNO kepada negara melalui kerjasama berbilang parti komponen didalam Barisan Nasional, dizahirkan melalui kejayaan-kejayaan yang banyak dicapai oleh negara didalam dan juga diluar negara.

Menerusi kerjasama dan juga toleransi UMNO bersama dengan seluruh parti komponen didalam Barisan Nasional juga, Malaysia berjaya ditadbir oleh kerajaan yang bertanggungjawab, serta sentiasa mengotakan janji untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Disebabkan itulah, Presiden UMNO mahukan parti keramat melayu ini menjadi sebuah parti yang unggul serta dihormati, dengan bukan sahaja berkhidmat dan berjuang demi orang melayu, tetapi juga berjasa kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Walaupun UMNO cuba diruntuhkan dan dijatuhkan oleh pelbagai pihak yang dengki serta khianat pada perjuangan, ianya berjaya diatasi dengan kemuafakatan pemimpin-pemimpinnya yang mendahulukan imej parti.

Segala cabaran yang datang melanda UMNO semenjak penubuhannya sehingga sekarang, haruslah diasimilasikan menjadi sebuah kekuatan dan juga keteguhan parti didalam mengharungi peredaran zaman.

UMNO terbukti mampu menjadi pelindung orang-orang melayu serta Bumiputera agar terus menjadi kuat dan berdaulat, walaupun pelbagai tohmahan dan juga fitnah yang cuba dilemparkan. Yang pastinya, UMNO akan terus mara demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s