#PAU2016 : Sayap UMNO Siap Sedia Galas Tanggungjawab Taat Dan Setia

6a-copy

Sayap parti UMNO yang terdiri daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kini sudah siap siaga bagi menggalas tanggungjawab mereka terhadap parti. Mahu mengukuhkan parti dengan nilai-nilai taat dan setia yang tinggi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sayap UMNO kini bersedia untuk berjuang dan memimpin parti dalam misi mencari kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Khairy mengambil semangat dari kata-kata yang disampaikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2016, semalam.

Mesej yang disampaikan tersebut menekankan agar semua anggota bersatu tanpa ada sebarang masalah dalaman. Jika tiada nilai kesetiaan yang tinggi… Pastinya parti tidak akan mampu bergerak seiring dan bersatu padu.

Oleh demikian, Khairy menyeru agar seluruh sayap UMNO menggalas tanggungjawab ini dengan baik dan bersemangat bagi memastikan kemenangan berada dalam genggaman. Walaupun ucapan Zahid panjang, namun ia sarat dengan pengisian yang berguna mengenai kesetiaan.

Ucapan tersebut merupakan peringatan kepada semua pihak… Bukan sahaja kepada parti komponen BN dan UMNO… Malah untuk seluruh sayap UMNO. Disamping itu, Khairy sempat memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s