#PAU2016 : Melayu Jangan Jadi Pelupa Seperti Mahathir

7a-copy

Perkataan yang paling kerap sekali disebut oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu ketika dahulu… Sehingga ia menjadi sesuatu yang paling ditakuti dan ayat makan dalam bagi Bangsa Melayu.

“Melayu Mudah Lupa”!! Ayat itu juga kini diputarkan semula berulang-ulang kali dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengimbau kembali perkataan yang kerap digunakan Mahathir ketika dirinya menjadi pemimpin teratas suatu ketika dahulu.

Namun kini, senjata tersebut telah memakan dirinya kembali. Khairy menempelak perkataan yang kerap digunakan Mahathir itu kerana tindakannya sekarang ini menggambarkan maksud sebenar “Melayu Mudah Lupa”.

Korang tak payah cari jauh… Depan mata pun dah ada! Kalau tak faham maksud “Melayu Mudah Lupa” tu… Korang perhatikan tingkah laku Mahathir. Penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu kini telah membuat pusingan U… Prinsipnya yang tidak akan berpatah balik itu kini telah dikhianatinya sendiri.

Mahathir lupa mengenai prinsipnya yang tidak akan berkompromi dengan pembangkang dan DAP… Lupa mengenai istilah rasis yang pernah dihamburkan pada Lim Kit Siang. Bukan tu je, Mahathir juga lupa dengan ‘sumpahnya’ yang tidak akan berpusing kembali.

Kini apa sudah jadi?? Jelas Khairy, Mahathir kini melakukan pusingan 180 darjah dan pastinya pusingan tersebut bukanlah sesuatu yang dikehendakinya dahulu. Akan tetapi, disebabkan gila kuasa dan sikap ingin membalas dendam… Mahathir tergamak menghalalkan perlakuan tersebut.

Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bukanlah calang-calang politik… Bukan musuh politik sebarangan. UMNO kini berdepan dengan musuh politik diluar jangkauan… Sukar diduga dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Pendek kata, politik ‘lintas katok’ apa sahaja yang dorang rasa memberi manfaat pada mereka, dorang sapu saja. Ini dinamakan politik express dan bukannya politik setiakawan.

Jadi Melayu sekarang ini jangan jadi pelupa seperti Mahathir… Benar kata Mahathir bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’ dan dia sendiri telah membuktikan bahawa dia adalah seorang melayu yang mudah lupa.

Mahathir kini dilihat hanya berdrama dan berwayang dihadapan rakyat… Melayu juga jangan pernah lupa bahawa Mahathir hanyalah seorang hipokrit yang mengejar harta dunia, mahu membina empayar bertahtakan berlian dan legasi yang kaya raya. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s