Nora Dakwa Dirinya Telah Disabotaj Pihak Tertentu

Tak habis-habis nak menghangatkan lagi keadaan.. Dah teruk dikecam pun, masih nak meraih simpati orang ramai.. U’olls pun tahukan penyanyi Nora telah tersingkir daripada program realiti Gegar Vaganza pada konsert separuh akhir minggu lalu..

Miss ingatkan nama penyanyi tu akan senyap selepas tersingkir, tapi rupanya masih diperkatakan bila Nora memberi gambaran yang dirinya telah ‘disabotaj’ oleh pihak tertentu.. Alahaiii.. Disabotaj pulak dah!! Siapa yang nak ‘sabotaj’ Nora ni?? Cuba bagitahu Miss A sikit..

U’olls tengok video temu ramah Nora selepas disingkirkan ni.. Nora kononnya terima penyingkiran beliau jika disebabkan kelemahan dia ketika menyanyi.. Tetapi yang menghangatkan keadaan tu, bila Nora dikatakan ingin menuntut ‘keadilan’ kalau dia terkeluar kerana kontroversi dan kecaman isu pertukaran lagu sebelum ni..

Nora merasakan dirinya seperti telah teraniaya.. Macam-macam lah ‘drama’ Nora ni.. Dah disingkirkan tu, terima jer lah.. Anggap jer lah dia takde rezeki ke final.. Buat apa nak kecoh-kecoh lagi.. Bila Nora keluarkan kenyataan macam tu, buat diri dia dikritik netizen lagi ada lah..

Tak kan Nora ‘suka’ kena kecam kot?? Sanggup ke setiap hari kena hadam kritikan pedas dari netizen?? Miss tengok netizen dah muak dengan Nora kerana tak habis-habis nak berlagak diva dan ‘berdrama’.. Ramai peminat yang minta Nora terima kenyataan dirinya dah tersingkir.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s