Mukhriz Pertikai Kenapa Perlu Buat Projek Mega Di Malaysia

1a-copy

Seperti orang yang hilang akal… Patut ke Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanya soalan yang tidak logik? Mempertikaikan kenapa perlunya projek-projek mega di negara Malaysia ni.

Kenapa perlunya projek mega?? Pastinya untuk membangunkan negara agar Malaysia membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain. Tak kan la korang nak tengok Malaysia ni terus mundur macam di India dan Bangladesh kot.

Apabila tiada projek mega diumumkan… Puak pembangkang seperti Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) ni, tuduh pulak kerajaan makan duit rakyat. Tapi bila bermacam-macam projek mega diumumkan bagi membangunkan negara seperti negara maju yang lain.

Mukhriz menuduh kerajaan dan pemimpin UMNO mengabaikan masalah rakyat pula… Dek kerana terlalu sibuk mengejar dan mengadakan projek-projek mega. Tak faham jugak Gomez kadang-kadang… Apa sebenarnya yang pembangkang mahukan.

Nak cakap yang rakyat hadapi tekanan hidup kerana kos sara hidup yang semakin tinggi… Hmmmm, tak jugak. Pelbagai pembangunan diadakan adalah bagi menstabilkan kembali kos sara hidup rakyat. Jadi, salah ke kalau kerajaan nak bangunkan negara dan secara automatiknya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menyedihkan apabila Mukhriz sendiri mempertikaikan majlis pecah tanah projek pembangunan bagi KL Putra World Trade Centre. Akibat terlalu berdendam kerana telah disingkirkan dari UMNO… Habis segala projek besar dipertikaikan.

Bila takde projek, dituduhnya songlap duit rakyat… Tapi bila adakan projek besar demi kesenangan rakyat pada masa akan datang, dituduhnya pula abaikan masalah rakyat yang kononnya sekarang ni mengalami tekanan hidup. – TiraGomez/UtaraNews

One thought on “Mukhriz Pertikai Kenapa Perlu Buat Projek Mega Di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s