Mahfuz Mesti Mengamuk Dengan Kenyataan Naib Presiden UMNO Di #PAU2016

Apabila Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi bertindak memuji rakan-rakan seperjuangan politik di dalam PAS yang kini semakin akrab dengan UMNO, pastinya akan ada individu yang tak berpuas hati terutamanya didalam PAS sendiri.

Kalau hendak dikira pemimpin pembangkang didalam Pakatan Harapan, dah tentu kesemuanya tak akan setuju dan meroyan dengan kenyataan Zahid tersebut. Tambahan pula selepas PAS enggan kembali bersama Pakatan selepas bergaduh dengan DAP.

Naib Presiden UMNO menegaskan, PAS kini lebih terbuka dan tabayyun untuk menguatkan Islam serta melaksanakan agenda yang dituntut oleh agama tanpa mengenepikan agama serta kaum lain.

Ini membuktikan bahawa PAS semakin faham bahawa tidak semestinya perlu bertahaluf siyasi untuk menjalinkan kerjasama, tetapi hanya perlu berlapang dada serta mengenepikan agenda politik kepartian demi perjuangan Islam.

Inilah juga yang sebenarnya dituntut oleh agama didalam menjalankan pentadbiran, khususnya di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Soal menjaga kesucian Islam dan juga memperkasakan undang-undang berteraskan Islam haruslah dijalankan bersama.

Hanya pihak yang tak mahu Islam bersatu sahaja yang menghalang sebarang kerjasama dan juga menolak sebarang cadangan untuk berkompromi demi agama. Pihak musuh sentiasa dengki dengan Islam dan tak akan senang selagi umat Islam bersatu.

Di dalam Pakatan Harapan, jalinan kerjasama diantara UMNO dan juga PAS dianggap sebagai satu ancaman besar kepada matlamat mereka untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, sekaligus memadamkan peluang mereka untuk menawan Putrajaya.

DAP, PKR, PAN dan juga beberapa parti yang lain sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan tiada sebarang penyatuan terjadi dikalangan UMNO dan juga PAS. Sebab itulah mereka sentiasa memainkan sentimen perkauman dan juga agama bagi menghasut rakyat memandang jijik terhadap PAS dan UMNO.

Dan musuh yang sebenarnya adalah individu yang berada didalam PAS atau UMNO sendiri. Mereka-mereka ini tak akan senang dengan sebarang kerjasama diantara kedua-dua parti kerana kepentingan tertentu.

Inilah yang perlu diawasi dan juga dipantau oleh PAS mahupun UMNO, jika tidak mahu kerjasama yang semakin akrab kini terputus di tengah jalan. Musang berbulu ayam seperti Mahfuz sudah tentu tak suka dan panas punggung sepanjang hari dengan apa yang berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s