#PAU2016 : Mahathir Dimalukan Kerana Tindakan Bodohnya Sendiri

3a-copy

Istilah ‘Melayu mudah lupa’ dan ‘Melayu haprak’ masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala anggota-anggota UMNO. Bukan sahaja anggota UMNO… Malah rakyat juga pasti tahu ayat itu keluar dari mulut pemimpin mana.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan perhimpunan sayap UMNO malam tadi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bukan sahaja ayat ‘Melayu mudah lupa’ dan ‘Melayu haprak’ itu memakan dirinya sendiri. Malah kata-kata ‘pemimpin UMNO makan dedak’ telah menjerat dirinya kembali. Kerana kebodohan Mahathir, rakyat sekarang boleh nampak siapa yang mudah lupa dan siapa yang makan dedak.

Siapa kini yang tengah sedap makan dedak dari DAP?? Daripada bermusuhan kini berpelukan… Korang tak pelik ke?? Siapa kini yang terima rasuah, soal Zahid. Tanpa menyebut nama pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, beliau menasihat agar negarawan itu menjaga “Boboi” dengan baik.

‘Boboi’ ni nama timang-timangan pemimpin UMNO kepada anak Mahathir, iaitu Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz. Dahulu Mahathir mendakwa UMNO makan dedak… Tapi sekarang ni siapa yang tak berguna?

Sudah la lompat dari kapal UMNO… Paling tragis apabila berlabuh pada perlabuhan pembangkang yang sarat dengan najis dan tempat yang pernah menjadi mangsa hinaan Mahathir.

Berbeza dengan Zahid… Mahathir sudah tiga kali melompat keluar dari UMNO. Jadi nasihat Zahid pada ‘Melayu mudah lupa’ itu jagalah Boboi baik-baik. Bukan sahaja Mahathir dimalukan kerana kebodohannya oleh Zahid… Malah bekas ahli UMNO yang meninggalkan parti juga dikecam.

Mereka lupa bagaimana UMNO telah menjadikan mereka sebagai seorang pemimpin yang berwibawa. Mereka lupa pada jasa UMNO… Malah lebih teruk apabila bertindak mengkhianati parti yang pernah berkorban demi mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s