Kandang Babi Moden Patut Dibina Di Seberang Jaya, P.Pinang

3-copy

Agak menghairankan juga apabila Presiden PKR, Wan Azizah diam membisu dengan kelulusan RUU Babi di P.Pinang. Orang kata, kalau diam itu tandanya bersetuju.. Mungkin Wan Azizah gembira dan bangga apabila anak-anak buah PKR begitu hebat memperjuangkan nasib babi di P.Pinang.

Jika di lihat dari kenyataan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani PKR di P.Pinang didalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, mereka kononnya mahu mewujudkan penternakan Babi yang moden serta berteknologi bagi melestarikan alam sekitar.

Oleh yang demikian, apa kata jika model kandang babi moden diwujudkan di Seberang Jaya terlebih dahulu sebagai contoh. Jika benarlah RUU Babi tersebut dapat menjadikan penternakan Babi lebih mesra alam sekitar dan moden seperti yang dikatakan, mesti Dr Afif setuju.

Yang terkilannya, pengundi PKR dan juga PAS bukannya mahu melihat pemerkasaan Babi dilakukan di P.Pinang apabila mereka mengundi wakil-wakil dari parti berkenaan semasa pilihanraya umum yang lalu.

Pengundi-pengundi PKR dan juga PAS terutamanya yang beragama Islam sudah tentu mahukan wakil-wakil rakyat mereka menjaga kesyumulan Islam, serta menjaga kebajikan bangsa dan agama.

Malangnya, wakil rakyat PKR lebih pentingkan kehendak DAP berbanding hasrat PAS yang mahukan mahkamah syariah dimantapkan dengan pindaan undang-undang Akta 355. Hal ehwal Babi pula yang PKR di P.Pinang utamakan.

Dalam isu Babi ini, jelaslah bagaimanapun atau buatlah penerangan sehebat manapun kepada orang kampung, tak ada yang suka dan peduli dengan kebajikan binatang yang diharamkan didalam Islam tersebut.

Bagi orang melayu/Islam, babi merupakan satu perkara jijik dan dijauhi selagi boleh. Sebab itulah sangat memalukan apabila ada pula wakil rakyat beragama Islam yang sangat suka memperjuangkan nasib babi di negeri ini.

Apa nak buat, jika itulah mentaliti dan polisi PKR yang semakin liberal serta membelakangkan Islam, tunggulah pembalasan rakyat di pilihanraya umum nanti. Mungkin penternak babi sahaja yang menyokong mereka nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s