Jangan Cari Pasal Dengan RUU 355 Jika Tak Mahu PAS Buat Hal

9a-copy

PAS dari awal lagi telah memberi amaran kepada golongan bukan Islam agar menghormati dan jangan sesekali campur tangan dalam urusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Amaran itu diberikan setelah PAS mengambil sikap menjauhkan diri dan tidak mengendahkan rancangan kerajaan untuk menghentikan pertukaran agama anak sebelah pihak. Maknanya disini, jika PAS tidak masuk campur urusan orang lain, jadi pihak lain jangan sesekali ganggu urusan PAS.

Setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 telah dikhaskan hanya untuk masyarakat Islam. Ia langsung tidak merangkumi kebajikan mahu pun hak orang bukan Islam… jadi kenapa orang bukan Islam suka mencampuri urusan agama lain.

Untuk kebaikan apa masyarakat bukan Islam menentang undang-undang yang hanya dikhaskan kepada orang Islam sahaja?? Jika mereka masih berkeras untuk mencabar PAS, maka PAS tidak akan teragak-agak untuk cari pasal dan buat hal.

PAS memberi amaran sedemikian sebagai maklum balas terhadap tentangan keras yang ditunjukkan oleh pihak pakatan pembangkang yang lain. PAS juga menyoal kenapa DAP, sebuah parti bukan Islam begitu keras menolak Rang Undang-Undang 355 sedangkan ia langsung tidak melibatkan mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s