Guan Eng Muka Tak Malu Minta Kerajaan Pusat Besarkan Airport

2-copy

Saban tahun Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang (PIA) tak pernah gagal untuk mengalami banjir kerana sistem perparitan yang gagal diselenggara dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab, tapi Guan Eng masih perasan bagus bahawa Lapangan terbang berkenaan bertaraf dunia.

Dan yang paling memualkan dan menjelekkan, Ketua Menteri P.Pinang itu boleh pula tanpa rasa malu meminta dan mendesak Kerajaan Pusat agar meluluskan peruntukan untuk membesarkan lapangan terbang tersebut.

Kononnya Guan Eng mendakwa, lapangan terbang berkenaan telah uzur dan mencapai kapasiti penumpang yang telah dihadkan. Dan juga kononnya kerajaan Pusat harus membantu bagi menaikkan imej negeri melalui pembesaran lapangan terbang tersebut.

Di dalam keadaan setiap hari menghina dan juga mengutuk kerajaan Pusat dan juga Perdana Menteri Malaysia, sempat juga Setiausaha Agung DAP itu meminta peruntukan dan bantuan dari kerajaan dan pemimpin yang dikutuknya. Ini contoh terbaik untuk peribahasa melayu iaitu ‘muka tembok’.

Baru-baru ini, Guan Eng dengan bangganya merasmikan pameran kartun oleh kartunis Zunar di aras 3 bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Bukannya beliau tak tahu bahawa pameran tersebut hanya bertujuan untuk memalukan negara dan juga menghina serta memfitnah Perdana Menteri sekeluarga.

Tetapi malangnya, oleh kerana kebebalan Guan Eng dan juga kerajaan DAP negeri P.Pinang, pameran yang sangat menjijikkan tersebut diberikan permit kononnya diatas hak asasi bersuara dan juga kebebasan berkarya.

Betulkah Guan Eng dan DAP mengamalkan kebebasan bersuara dan juga kebebasan berkarya di P.Pinang? Itu semua dusta dan pembohongan yang paling besar oleh Guan Eng dan DAP negeri bagi menipu rakyat dan juga para penyokongnya sahaja.

Jika benar ada kebebasan bersuara yang diamalkan oleh Guan Eng, takkanlah beliau sanggup mengeluarkan arahan memboikot semua media arus perdana didalam negara kecuali media yang bijak mengampunya sahaja??

Dan jika benar Guan Eng benar-benar mengamalkan kebebasan berkarya, cuba periksa berapa banyak pelayar media sosial twitter yang di’block’ dari berhubung dengan beliau untuk bertanyakan tentang isu-isu semasa di P.Pinang.

Ini semua membuktikan bahawa Guan Eng sememangnya Ketua Menteri yang tak tahu malu dan juga pandai bermuka-muka demi mencapai agenda politik peribadinya sahaja. Sebab itulah dia sanggup tebalkan muka untuk meminta peruntukan dari kerajaan pusat.

Percayalah, Guan Eng merupakan orang pertama yang akan pegang gunting dan riben untuk merasmikan projek pembesaran lapangan terbang nanti, walaupun bukan dia yang keluarkan wang. Itulah perangai orang yang tak sedar diri!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s