DAP Bakal Ditolak Mentah-Mentah Oleh Rakyat Johor

4a-copy

Setelah Bersih 5 diharamkan daripada ‘memasuki’ negeri Johor… Diramalkan pula bahawa parti DAP juga bakal ditolak habis-habisan dan ‘diharamkan’ daripada ‘menjejakkan kaki’ di negeri tersebut.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan bahawa agenda serta ideologi yang dibawa oleh parti chauvinis tersebut tidak akan mampu untuk menarik minat dan meraih sokongan daripada masyarakat India dan Melayu di Johor.

Bukan itu sahaja, segala isu dan matlamat yang dibawa oleh DAP jauh melencong dan meleset dengan kefahaman ‘Bangsa Johor’. Sedangkan Bersih sendiri diharamkan masuk ke Johor… Jadi mana mungkin ‘Muafakat Johor’ serta ‘Johor Berkemajuan’ akan menerima apa yang direncanakan DAP.

Bersih selama ini berada dibawah pengaruh DAP… Jadi pastinya DAP dan Bersih tak jauh beza. DAP selama ini hanya memancing beberapa jelitawan dan rupawan berbangsa Melayu bagi menjadikan parti chauvinis tersebut sebagai pelbagai kaum.

Dengan menggunakan umpan beberapa ahli DAP Melayu yang tampan dan jelitawan… DAP beranggapan bahawa mereka mampu meraih sokongan orang Melayu. Kalau korang tak percaya, tanya je bekas parti sekutu DAP iaitu PAS… Pasti dorang kenal benar sikap biadap DAP.

DAP tu perjuangkan sangat ke kebajikan orang Melayu?? Jika kebajikan masyarakat Melayu pun DAP tak jaga, jadi mana mungkin DAP akan menjaga kebajikan orang India dan meninggikan martabat agama Islam.

Selama ini Barisan Nasional (BN) telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang bersepakatan dan berjaya. Jika hendak dibandingkan dengan DAP yang hanya memperjuangkan kebajikan masyarakat orang Cina. Sebab tu la DAP bakal ditolak oleh rakyat Johor. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s