UMNO P.Pinang Bawa Isu Ekonomi Golongan Muda Ke #PAU2016

2-copy

Isu mengenai kelangsungan hidup rakyat keseluruhan khususnya rakyat di negeri P.Pinang, akan menjadi tumpuan utama didalam ucapan wakil P.Pinang Jumaat ini.

Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Rafizal Abdul Rahim dimaklumkan akan membuat ucapan tersebut bagi isu ekonomi, di Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) yang akan lebih memfokuskan kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Mewakili Pemuda UMNO dan juga suara generasi baru di P.Pinang, ucapan isu ekonomi untuk PAU2016 kali ini dijangka menarik kerana penekanan mengenai bantuan kepada golongan muda didalam menjana ekonomi serta kaedah sara diri akan dibahaskan.

Trend golongan muda yang gemar berniaga secara kecil-kecilan bagi mencari pendapatan sampingan, dipandang sebagai satu medium baru untuk kerajaan menyalurkan bantuan menerusi GLC serta Agensi tertentu.

Bantuan perniagaan menerusi penyediaan pinjaman modal, bantuan peralatan, kursus perniagaan serta khidmat kaunseling dijangka mampu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan berkenaan.

Begitu juga dengan kebajikan golongan muda yang baru melangsungkan perkahwinan serta baru menerima kehadiran cahayamata didalam hidup berumahtangga.

Bantuan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO terhadap pasangan yang baru berkahwin melalui skim rumah pertama, sangat dialu-alukan kerana ia merupakan asas didalam permulaan kehidupan bahagia mereka.

Ucapan wakil dari P.Pinang itu juga dijangka akan menyentuh soal kenaikan harga susu tepung serta lampin pakai buang yang kian meningkat tanpa sebarang pengawasan dan juga kawalan.

Bagi keluarga kecil yang baru hendak memulakan langkah kehidupan, kenaikan yang tidak menentu bagi harga susu tepung dan juga lampin pakai buang tersebut sangatlah memeningkan kepala.

Jika kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO hari ini dapat berbuat sesuatu bagi mengawal kenaikan dua barang penting ini, golongan muda pastinya akan lebih bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan sedia ada.

Justeru itu, ucapan mengenai isu ekonomi oleh wakil Pulau Pinang nanti pasti akan membawa impak yang bukan sedikit kepada penambahbaikan ekonomi rakyat, khususnya golongan muda melayu.

Jika UMNO tidak diharapkan untuk membantu dan membawa kebaikan kepada bangsa melayu di Malaysia, hendak diharapkan pada siapa lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s