Tidak Mustahil Muhyiddin Dan Shafie Apdal Akan Kembali Kepada UMNO

10a-copy

Jangka hayat bagi dua bekas pemimpin kanan parti UMNO, Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal diramalkan tidak akan bertahan lama. Meskipun masing-masing menjadi presiden parti baru mereka yang tersendiri, namun parti baharu dibawah dua pemimpin itu tidak akan bertahan lama.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yakin bahawa dua bekas pemimpin UMNO itu lambat-laun akan kembali kepada UMNO juga. Sama seperti apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad… Senario sama pasti akan berlaku pada mereka berdua juga.

Nazri menambah, tiada siapa pernah menjangkakan bahawa Mahathir akan berbaik semula dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan veteran DAP, Lim Kit Siang seperti sekarang. Lebih dahsyat lagi siap boleh berpelukan dengan mereka.

Tiada siapa menjangkakannya! Daripada menjadi seteru, sekarang ini sudah menjadi sahabat. Jadi siapa sangka jika lima tahun ke depan ini, Muhyiddin dan Shafie akan berpelukan semula dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin kini adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), manakala Shafie pula mengetuai Parti Warisan Sabah. Tak mungkin suatu hari nanti, parti mereka akan terkubur dan mereka akan kembali kepada UMNO. Macam yang berlaku terhadap Parti Semangat yang gagal menjatuhkan UMNO.

Mana mungkin parti serpihan akan mampu menyaingi UMNO… Ditambah pula sebuah parti yang ditubuhkan tanpa hala tuju yang jelas. Sebuah parti yang ditubuhkan hanya untuk membalas dendam, pastinya tidak akan bertahan lama. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s